Sunday, December 18, 2022

GRS KINI PARTI TEMPATAN TERKUAT DI SABAH

SELEPAS Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggugurkan Bersatu pada 9 Disember, kini gabungan tersebut sepenuhnya menjadi gabungan parti tempatan terkuat.

Gabungan tersebut mempunyai 30 ADUN daripada 79.

GRS bersama Barisan Nasional (BN) dengan 17 ADUN sedang mentadbir negeri, ekoran keputusan PRN-16 Sabah pada September 2020.

Daripada segi kawasan parlimen, gabungan tersebut diwakili 6 ahli parlimen, dikedudukan kedua selepas BN.

Pada PRU-15, keputusan masing-masing parti yang bertanding adalah BN menang 7 kerusi, GRS-6, PH-5, Warisan-3, Bebas-2 dan KDM dan PN masing satu kerusi.

GRS mempunyai misi, menjadi parti dominan Sabah, untuk mengwujudkan kekuatan BLOK BORNEO bersama GPS Sarawak.

GRS adalah cerminan kerjasama berbagai kaum yang terdapat di Sabah, seperti mana GPS Sarawak.

Gabungan tersebut akan diuji pada PRN Sabah akan datang.

Pemisahan gabungan tersebut daripada parti national, ekoran perubahan politik tanah air yang mempunyai kecenderungan memilih parti-parti berasaskan wilayah di mana parti itu beroperasi atau didaftarkan.

Pemisahan daripada parti nasional agar senario pasca PRU-15 tidak berulang, apabila memerangkap pemimpin negeri daripada dua situasi, yang terpaksa memilih antara kepentingan rakyat & negeri dan parti.

No comments:

Post a Comment