Monday, December 19, 2022

SPEAKER PARLIMEN: CALON KERAJAAN MENANG DENGAN 147 LAWAN 74 UNDI

PEMILIHAN Speaker untuk Penggal ke-15 Parlimen telah disempurnakan. Calon kerajaan telah dipilih apabila mendapat undi bersurat 147 berbanding 74 undi calon Perikatan Nasional (PN).

Jika undi tersebut diterjemahkan, maka keabsahan Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, secara realiti mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan, parti KDM, Parti PDM dan calon-calon Bebas.

Sementara PN dengan 74 ahli parlimen seperti mana dimenangi pada PRU-15, kekal tidak memberi sokongan.

Akan tetapi boleh sahaja berlaku, nisbah undi yang berbeza semasa UNDI PERCAYA, kerana mungkin ada ahli parlimen menggunapakai hak demokrasi dan "natural consceince" masing-masing semasa menjadi calon pada PRU-15.

Akan tetapi dalam senario mutakhir, tidak nampak kebarangkalian, UNDI PERCAYA akan gagal.

Petang ini, menurut aturan mesyuarat Parlimen UNDI PERCAYA akan dilaksanakan, dan esok Usul Perbekalan Mini akan dibentangkan. Dua aturan mesyuarat ini perlu sokongan majoriti mudah, 112 undi.

No comments:

Post a Comment