Wednesday, December 07, 2022

FAKTOR YANG MENGIKAT BN-GPS-GRS MENYOKONG PH

GPS dan GRS terikat dengan SATU pendirian, menyokong mana-mana blok politik yang boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan melalui sokongan dua parti itu, dengan matlamat mengwujudkan kerajaan stabil dan kestabilan politik, supaya misi dua parti itu terealisasi demi rakyat dan negeri-negeri masing-masing termasuk pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Barisan Nasional (BN) pula kerana faktor politik, khususnya Parti Umno, kerana merasa lebih selamat bersama Pakatan Harapan (PN) daripada segi agihan kerusi dan segmen pengundi. Selain itu, parti itu, tidak menganggap PH adalah saingan utama untuk mendapatkan pengundi melayu-islam, berbanding Perikatan Nasional (PN).

Pertimbangan BN khasnya Umno menyokong pembentukan kerajaan pasca PRU-15, asalkan bukan PN, lebih berpandu pada survival parti itu, berbanding faktor lain, dengan mengambilkira keputusan PRU-15.

Tersangat jelas, banyak kerusi tradisi Umno telah jatuh ke tangan PN, bekerjasama dengan parti itu, maka boleh ditafsir menyerahkan kerusi-kerusi tersebut untuk selamanya.

Perhitungan demikian lah yang menjadi asas, mengapa dan kenapa Umno khususnya bersungguh-sungguh sangat bersama PH semasa proses penamaan Perdana Menteri ke-10.

Jika ada yang mengatakan, bahawa sokongan Umno khususnya Presiden parti itu kepada PH, kerana “hubungan antara Cikgu dan Murid” ianya hanya komen-komen nakal, atau sebab musabab menyokong Datuk Seri Anwar, maka boleh menyelamatkan mereka yang terbabit kluster mahkamah, hanya propaganda politik, bukan bersandar pada perkara sebenar.

Banyak contoh, apabila parti yang bermain dengan kolam yang sama saling bekerjasama, maka kerusi-kerusi yang dahuluinya dimiliki sesebuah parti yang bekerjasama itu, tidak akan menjadi miliknya lagi, melainkan parti yang terkini menawannya, upamananya di Sabah, jika dahulu Parlimen Keningau dan DUN Tambunan, sentiasa ditandingi PBS dan memenanginya, selepas PRU-14, dua kawasan tersebut bukan lagi milik parti itu, apabila menjadi rakan gabungan menerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Umno sebagai parti tertua dalam negara, parti kemerdekaan, parti yang telah menunjangi pemerintahan negara sejak merdeka, tidak sanggup kecundang begitu sahaja, walaupun berbagai pendapat sinis, selepas parti itu kehilangan kuasa pada PRU-14, bahawa tamadun yang runtuh sukar untuk dibangun lagi. Memang untuk sementara, komen sinis itu terbukti, seperti mana keputusan PRU-15, Umno mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pengelibatan parti itu dalam pilihan raya di negara ini.

Dalam usaha bangkit semula, bekerjasama dengan parti yang tidak bermain di kolam yang sama mungkin sebagai jawapan, dan ujian pertama pada hari ini di Dun Tioman, Pahang, dan seterusnya pada 6 PRN tahun hadapan.

Bagi pemimpin Umno, kuasa yang ada pada parti itu yang diberikan kaum melayu semenjak PRU pertama negara, tidak rela beralih pada parti yang bersandar pada segmen pengundi yang sama, dalam hal ini Bersatu dan Pas menerusi PN, dan perlu didapatkan semula, menerusi berbagai kaedah, termasuk merombak atau mengubah prinsip, atau undur ke belakang setapak, mengatur strategi untuk mendapatkan kuasa yang telah hilang. Pun demikian, semuanya itu bergantung pada tindak balas kaum yang selama ini memberi kuasa pada parti itu, apa kah masih mempunyai kesanggupan membuat pusingan U.

No comments:

Blog Archive