Tuesday, November 01, 2022

KEBANGKITAN UMNO BERGANTUNG PADA PERATUSAN KELUAR MENGUNDI

BAGAIMANA peratusan keluar mengundi boleh mengancam kebangkitan Umno? Antaranya bergantung pada pola pengundian. Undi kaum melayu tradsional yang berumur 40% mengundi Umno, bakinya untuk PN dan PH. Pengundi muda dan baharu 40% mengundi PN, bakinya untuk BN dan PH. Bagi pengundi bukan melayu, secara umum 80% mengundi PH, bakinya untuk BN dan PN.

Berasaskan pola pengundian ini lah, semakin tinggi peratusan keluar mengundi semakin mengancam kebangkitan Umno/BN, bukan sahaja diancam PN akan tetapi, berkemungkinan PH mengulangi pencapaian seperti pada PRU-14.

Untuk kawasan majoriti kaum melayu, Umno dijangka berhadapan kesukaran di negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, seperti juga PN berhadapan kesukaran di negeri-negeri lain. Manakala PH secara umum menghadapi kesukaran mendapatkan undi kaum melayu, tetapi “enjoying” sokongan pengundi bukan melayu.

Kerana pola pengundian pada PRU kali ini sedemikian rupa, maka parti yang bakal menang sangat bergantung pada peratusan keluar mengundi. Jika secara umum peratusan keluar mengundi seperti mana PRN Melaka dan Johor, maka bagi “penyokong” Umno/BN boleh terus makan “super ring” kegemaran BossKu.

Jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti PRU-14, terutama bukan melayu, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus mendendangkan lagu ADUH MALAYSIA, dalam masa yang sama penyokong Umno/BN mendengar lagu sedih EMPAT PENJURU-KEMBARA.

Pada keadaan peratusan keluar mengundi tinggi juga, PN terus menadah tangan tanda kesyukuran, kerana boleh berpakat dengan mana-mana parti melalui kerajaan campuran bentuk baharu.

Pendek kata, keputusan PRU kali ini, sangat bergantung pada peratusan keluar mengundi, bukanya faktor-faktor lain, kerana masing-masing parti sangat bergantung pada pola pengundian.

2 comments: