Wednesday, November 02, 2022

UMNO TIDAK CALONKAN PEMIMPIN "BESAR KEPALA"

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno betul-betul menggunakan kuasa dalam penentuan calon-calon mewakili part itu dalam PRU kali ini,

Mereka yang dianggap pemimpin "BESAR KEPALA" hampir 100% dipancung, kebanyakkannya anggota kabinet Perdana Menteri.

Kebetulan Perdana Menteri  cepat membuat pusingan U, dan akur pada tindak tanduk Presiden, maka dikekalkan dikerusi lama, manakala Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mantan calon Presiden (hanya setakat mantan calon Presiden yang bertanding menentang Zahid untuk jawatan Presiden) diletakkan pada kawasan TIDAK SELAMAT Parlimen Sungai Buloh kerana parlimen tersebut merupakan kubu kuat  PKR sejak tahun 2008. Tindakan ini secara tersirat bertujuan menguburkan karier mantan Ketua Pemuda Umno tersebut.

Bagi penulis, tidak mencalonkan semula mereka yang berpenggal menjadi wakil rakyat untuk memberi laluan pada pemimpin pelapis adalah dialu-alukan, jika tidak, Umno akan menjadi parti tidak bergerak ke hadapan, namun tidak berlaku pada calon-calon yang berdekad-dekad mewakili sesebuah kawasan, melainkan hanya berlaku pada "mereka" yang diberi jawatan semasa Kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan Zahid yang amat ketara, dan kebetulan mereka yang tidak dicalonkan semula adalah pengeritik pada Presiden itu secara peribadi bukannya pengeritik pada Parti.

Penulis teringat pada tahun 2016, apabila beberapa pemimpin utama Umno termasuk Timbalan Presiden/Timbalan Perdana Menteri, Naib Presiden dipecat daripada parti hanya kerana mengeritik Perdana Menteri/Presiden berkaitan 1MDB. Serupa juga, mereka yang dipecat bukan mengeritik parti dan bukan juga liabiliti pada parti, kesannya Umno tumbang pada tahun 2018 (PRU-14).

Sejauh mana tindak balas akar umbi Umno pada tindakan ini? sudah tentu akan terjawab pada 19 November ini.

No comments:

Post a Comment