Monday, October 31, 2022

KERJASAMA GRS-BN- PARTI BERSATU LEBIH BANYAK BERKOMPROMI?

WALAUPUN pengumuman agihan kerusi antara GRS-BN belum diumumkan, dan dikhabarkan agihan kerusi dan calon-calon diumumkan serentak pada Rabu ini, apa yang penulis nampak, kerjasama dua parti itu membuatkan Parti Bersatu lebih banyak berkompromi baik dalam GRS sendiri mahupun dengan Umno.

Seperti yang dispekulasikan, bahawa agihan kerusi antara GRS-BN, akan sama rata, akan tetapi kerusi yang diperuntukan pada GRS, lebih tertumpu pada PBS dan STAR.

Kawasan yang disandang Bersatu sebelum parlimen dibubar, berkemungkinan tidak dipertahankan parti itu, sebaliknya sebahagiannya ditandingi Umno.

Kerusi-kerusi yang masih mungkin dipertahankan Bersatu adalah Beluran, Ranau dan Sipitang.

Dilema yang dihadapi Bersatu adalah kawasan-kawasan berpotensi ditandingi bertindih dengan kawasan Umno, manakala PBS dan STAR lebih banyak ruang, kerana asas dua parti itu adalah kawasan KDM, hanya bersaing dengan PBRS, itupun hanya satu kawasan Parlimen Pensiangan.

Nampaknya kerjasama antara GRS-BN kembali pada status quo sebelum ini, iaitu era BN, apabila Umno bertanding kawasan majoriti bumiputera islam, kecuali Beluran, manakala parti KDM bertanding di kawasan masing-masing.

Oleh kerana Umno berkemungkinan bertanding di 12 kawasan tradisi parti itu, maka baki 2 lagi, ditandingi Bersatu, sementara parti KDM akan kekal dengan jumlah kerusi yang ditandingi.

Akan diketahui pada Rabu kombinasi kerusi-kerusi antara GRS-BN, dan pada kombinasi itu disandarkan untuk menang sebanyak mungkin kerusi daripada 25 kawasan parlimen.

Selain GRS-BN, parti Warisan dan Pakatan Harapan (PH) bertanding semua kerusi, manakala parti-parti kecil seperti PDM meletakkan calon hanya sebagai "spoiler".

Terpulang kepada 1.6 pengundi Sabah tolak 300 ribu yang tidak dapat keluar kerana berada di Semenanjung, maka baki 1.3juta akan menentukan parti mana paling banyak menang kerusi.

Pada PRU kali ini, tiga blok parti utama di Semenanjung, masing-masing bergantung harap daripada kerusi-kerusi daripada Sabah dan Sarawak, dan mana-mana parti yang menang 112 kerusi akan membentuk kerajaan. 

No comments:

Post a Comment