Monday, October 31, 2022

JELAJAH SHAFIE KALAU BUKAN MUSA MAKA HAJIJI

NAMPAKNYA, penyertaan Parti Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal pada PRU kali ini, bukan mencari penyelesaian pada masalah-masalah yang dihadapi rakyat, akan tetapi mempersoalkan tindakan-tindakan yang pernah dibuat semasa era Kerajaan Tan Sri Musa Aman, dan kini era kerajaan Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Penulis melihat, mengapa Presiden Warisan itu tersangat alergi terhadap dua pemimpin ini, hanya kerana satu sebab, kepemimpian dua pemimpin ini MENIDAKKAN SAMA SEKALI kepimpinan beliau.

Kepimpinan Musa dan Hajiji, menjadi bukti pada rakyat Sabah, bahawa Shafie itu hanya pemimpin TIN KOSONG, yang hanya mahir bercakap, akan tetapi TIADA kemampuan, baik sebagai pemimpin, juga pemimpin yang tidak melaksanakan amanah apabila diberi tanggungjawab.

Shafie macam hilang akal apabila menyebut nama Musa, atas sebab sejarah panjang beliau dengan berbagai jawatan di Persekutuan, termasuk menteri-menteri kanan, terbukti bagai kan hitam putih berbanding pencapaian Musa, walaupun hanya menjadi Ketua Menteri selama 15 tahun dengan sumber kewangan negeri yang amat terhad, berbanding dana yang dikuasai Shafie, akan tetapi, Musa dapat memajukan dan membangun negeri, sehinggakan diberi gelaran BAPA PEMBANGUNAN MODEN SABAH.

Legasi Musa diteruskan oleh Hajiji menerusi Sabah Maju Jaya (SMJ). Walaupun SMJ hanya dilancarkan setahun jagung, akan tetapi terbukti apabila kerajaan dipimpin oleh mereka yang berkebolehan dan berkemampuan, ekonomi boleh meningkat, walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu kesan pandemik Covid-19, berbeza era Shafie tiada isu-isu yang boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi merundum, akan tetapi berlaku, malah pertumbuhan ekonomi menjadi negatif.

Menghadapi PRU kali ini yang hanya membabitkan parlimen, Shafie menghadapinya seolah-olah berhadapan dengan Musa dan Hajiji, hanya kerana satu sebab, kelibat dua pemimpin ini menjadi penghalang utama bagi Presiden Warisan tersebut mengelirukan rakyat, selain menjadi penghalang utama pada parti beliau mendapat sokongan.

Jika mendengar ucapan-ucapan Shafie, kebanyakkannya berlegar-legar pada dua individu, Musa dan Hajiji. Tidak sedar kah Presiden Warisan tersebut, semakin kerap menyebut dua nama pemimpin itu, semakin lenyap lah aura beliau.

Kadangkala penulis terfikir, apa kah jelajah Shafie untuk mempromisi Musa dan Hajiji?




No comments:

Post a Comment