JIKA meminjam kata-kata Tun Dr Mahathir, Barisan Nasional (BN) akan menang PRU-15, kerana selain pengundi dibeli juga memaksa mereka untuk mengundi.
Umno-BN selain menggunakan Bajet 2023 sebagai tarikan, juga menggunakan wang parti untuk memastikan ahli dan penyokong tegar keluar mengundi dan mengundi parti itu.
Indikasi akan banyak wang bertukar tangan apabila peruntukan untuk pembangunan dalam Bajet 2023 berjumlah RM95 bilion, meningkat sekali ganda berbanding bajet lalu-lalu.
Bajet pembangunan ini pada hakikatnya untuk para kontraktor atau syarikat negara ini, yang biasa memberi sumbangan politik.
Bagi syarikat atau kontraktor yang menyumbang pada parti-parti politik, kata kiasan “no free lunch”, sebaliknya setiap sumbangan politik, ada lah keuntungan besar yang tertangguh.
Persoalannya, sejauh mana keberanian para penyumbang memberi wang terlebih dahulu? kerana banyak penyumbang terperangkap semasa PRU-14, kerana sumbangan mereka tidak mendapat balasan yang diharapkan kerana tumbangnya kerajaan BN.
Pada kali ini, walaupun dana untuk pembangunan cukup tinggi, akan tetapi para penyumbang berdepan dilema, dan kemungkinan besar, mereka akan menyumbang sama rata, pada blok-blok parti secara seimbang. Dengan demikian, maka menolak andaian mantan Perdana Menteri ke-4, ke-7 dan Ke-7i, bahawa BN akan menang kerana dapat membeli undi kerana banyak wang.
Kerana keterhadan sumber dana, Umno-BN yang terbiasa berbelanja besar dalam setiap pilihan raya, terpaksa fokus pada ahli dan penyokong tegar parti itu, berbanding sebelum ini menggunakan jala besar melalui pendekatan “cash is king”. Mungkin kerana faktor keterhadan dana, maka pilihan raya tidak kondusif termasuk di musim banjir dipilih untuk tujuan supaya ramai pengundi tidak keluar mengundi terutama pengundi pasif, atas pagar dan undi-18.
Parti itu tersangat sedar, hanya menerusi peratusan keluar mengundi rendah, maka menjamin kemenangan, dan ianya terbukti menerusi PRN Melaka dan Johor, malah pada beberapa PRK pasca PRU-14.
Pertanyaan selanjutnya, apa kah PRU-15 bakal diadakan pada musim tengkujuh? Hanya terletak pada perkenaan Yang DiPertuan Agong, kerana Perdana Menteri sedang dikepung oleh partinya sendiri untuk segera memohon perkenaan membubarkan parlimen.
Seperti mana yang rakyat tahu, parti Umno telah membuat keputusan, bahawa PRU-15 wajib diadakan pada tahun ini juga, satu tindakan mendahului kuasa Agong.
Bukan sahaja penulis akan tetapi majoriti rakyat berpandangan, Agong tidak akan sanggup melihat rakyat terpaksa MEREDAH banjir ke Pusat-Pusat Mengundi hanya untuk mengundi.
No comments:
Post a Comment