Saturday, October 08, 2022

BAJET 2023 MEMANG BAJET PILIHAN RAYA-BAGAIMANA PULA RAKYAT MENILAI?

BAGAIMANA rakyat menilai BAJET 2023? Kepada siapa kah rakyat berterima kasih? Kerana bajet itu sendiri, adalah BAJET KELUARGA MALAYSIA.

Bajet Keluarga Malaysia, dapat dirangka kerana sokongan rentas parti, samada parti yang bersama kerajaan mahupun yang tidak.

Meneliti bajet yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada petang jumaat, tiada mana-mana parti yang boleh menolaknya, jika bertindak sebaliknya, bermakna tidak perhatin pada pemasalahan dan keperluan rakyat.

Sangat jelas, bajet tahun 2023 selain bajet PRU-15, juga bajet pasca Pandemik Covid-19.

Kalaupun ada ahli parlimen yang cuba mempertikai bajet yang berjumlah RM372.3 bilion pertambahan RMRM40.1 bilion berbanding bajet tahun 2022, adalah mengenai sumber, terutama berkaitan pinjaman & penggunaan aset kerajaan yang hampir 27%.

Bajet Tahun 2023 adalah bajet terbesar yang pernah dibentang dalam sejarah Malaysia. Bajet yang memperlihatkan peningkatan perbelanjaan mengurus yang sangat ketara tidak seiring dengan peningkatan perbelanjaan pembangunan yang juga terus meningkat.

Bagi Sabah dan Sarawak yang merupakan 2 wilayah daripada 3, hanya diberikan RM11.7 bilion, bagi Sabah Rm6.3bilion dan Sarawak RM5.4bilion, manakala baki daripada RM95bilion untuk Wilayah Semenanjung.

Bayaran tunai pada kumpulan sasar yang diteruskan, adalah penyelesaian jangka pendek untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan inflasi, dengan masa yang sama juga sebanyak RM55bilion dalam bentuk subsidi yang berkaitan keperluan rakyat, untuk menstabil harga barang atau perkhidmatan.

Penyediaan bajet antara kerajaan yang melibatkan Barisan Nasional (BN) jauh berbeza berbanding bajet yang melibatkan Pakatan Harapan (PH), kerana dua blok parti itu mempunyai pandangan yang berbeza dan keutamaan.

Bagi BN dan PN serta GPS lebih berorentasi kepada rakyat yang kurang bernasib baik, memberi ikan lebih dahulu sebelum mengajar mengail, supaya tidak berlaku kejutan mendadak dalam mengurus kehidupan harian, manakala PH, mahukan rakyat “struggle” lebih dahulu sebelum mencapai kejayaan, ertinya, mana-mana rakyat yang tidak berkeupayaan mengharungi kehidupan akan hanyut dengan sendirinya, manakala yang berjaya akan menikmati kejayaan atas usaha yang diharungi.

Pada PRU-15, rakyat ada dua pilihan, apa kah memilih cara BN, PN dan GPS atau kah cara PH. Jika berlaku keseimbangan pilihan rakyat terhadap blok-blok parti, maka kebarangkalian, tiada blok parti yang dominan, sehinggakan perlu bekerjasama untuk membentuk kerajaan, seperti mana kerajaan Keluarga Malaysia.

Tiada mana-mana blok parti boleh menolak kehendak rakyat, jika rakyat mahu kerajaan sedemikan, walaupun ada blok parti cuba memaksa rakyat hanya memilih blok parti mereka, dengan berbagai cara, termasuk mengadakan pilihan raya pada masa yang tidak sesuai, tidak kondusif.

Tidak akan terbukti benar, seperti mana anggapan Tun Dr Mahathir bahawa BN akan menang, kerana pengundi melayu telah dibeli oleh parti itu, kerana terbukti pada PRU-14, lagi besar wang yang digunakan blok parti itu akan tetapi tidak dapat mempertahankan kerajaan yang diterajui sejak merdeka. 

Rakyat negara ini, khususnya kaum melayu, tidak selamanya dapat dibeli, lalu membuta tuli menyokong, kecuali mereka yang memang ahli parti dan penyokong tegar, bukan mereka yang tergolong pengundi pasif, atas pagar, apatah lagi undi-18.

No comments:

Post a Comment