Monday, October 10, 2022

BN MENANG JIKA PRU-15 DIADAKAN DI MUSIM BANJIR

SALAH satu strategi Barisan Nasional (BN) adalah dapat membawa penyokong secara fizikal ke tempat-tempat mengundi yang berhampiran apabila pusat-pusat daerah mengundi (PDM) dinaiki air. Ini lah kelebihan parti itu, kerana mempunyai petugas atau jentera parti yang kuat. Selain itu, parti itu juga mendapat kelebihan apabila pengundi pasif dan atas pagar tidak keluar mengundi atau tidak dapat mengundi kerana terhalang banjir.

Umno-BN memaksa diadakan pilihan raya di musim banjir, kerana hanya itu caranya menghalang pengundi bukan penyokong parti politik menyertai pesta demokrasi. Dapat menghalang golongan pengundi ini keluar mengundi adalah satu kemenangan, kerana rekod lalu-lalu termasuk PRU-14, golongan ini majoritinya mengundi parti yang melawan parti itu.

Umno-BN sudah buktikan menerusi beberapa PRK pasca PRU-14 dan dua PRN,Melaka dan Johor, apabila golongan pengundi bukan penyokong parti politik tidak keluar mengundi, maka parti itu bukan sahaja menang akan tetapi menang dengan kuasa 2/3, sedangkan dengan jumlah undi yang sama pada PRU-14, parti itu kalah teruk.

Nampak gayanya, apabila PRU-15 diadakan juga pada musim banjir, Umno-BN akan menawan semula kawasan-kawasan tradisi parti itu yang ditawan parti lawan pada PRU-14, hanya kerana peratusan yang keluar mengundi rendah.

Menerusi peratusan pengundi yang keluar rendah, maka tindakan mendaftar pengundi secara automatik, pengelibatan undi-18 untuk pertama kali, tidak membawa impak pada politik negara, sedangkan matlamat asal pengelibatan seramai mungkin pengundi, supaya mana-mana parti yang menang mencerminkan suara majoriti bukannya suara minoriti.

Jangkaan awal penulis, bahawa PRU-15 bakal menjadi game changer politik tanah air tidak terealisasi, atas sebab pihak-pihak yang ingin berkuasa semula masih tidak dapat menerima penyertaan majoriti pengundi dalam pesta demokrasi.

Pilihan raya dalam suasana banjir, TIADA manifesto mana-mana parti politik memberi impak pada pengundi, melainkan, pada PRU kali ini, status quo sebelum PRU 14 dan 13 akan kembali semula, apabila Umno-BN menang banyak kerusi, walaupun tidak mendapat undi popular. Ini lah hakikat demokrasi negara kita.....

No comments:

Post a Comment