Wednesday, October 19, 2022

GERAN TANAH PERANGKAP MAUT

KELUASAN TANAH tidak bertambah, kecuali dilaksanakan rekliminasi kawasan-kawasan laut dan sungai.

Apabila Shafie apungkan isu geran tanah, kerajaan dengan tangkas kongsikan keluasan tanah berserta jumlah geran diluluskan sekaligus diserahkan kepada pemohon, dan lokasi-lokasi itu kebanyakan tertumpu di kawasan pedalaman atau luar bandar.

Hakikatnya, isu geran tanah telah dijadikan isu politik setiap kali menjelang pilihan raya, seperti juga isu PATI (pendatang asing tanpa izin) bersama Kad Pengenalan Biru, isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan royaliti minyak.

Isu geran tanah akan terus dipolitikkan, selagi ada tanah kerajaan yang boleh diberikan.

Isu pemberian geran tanah kepada pemohon secara langsung, telah diapungkan semasa kerajaan era Tan Sri Musa Aman, kerana didapati, lebih 2 juta hektar tanah kerajaan yang diluluskan, telah bertukar tangan, dan didapati pemohon asal, selain tidak memanfaatkan tanah yang diberikan akan tetapi membuat permohonan baharu lagi, termasuk menceroboh kawasan tanah simpan kerajaan. Para pemohon ini, mempunyai cara tersendiri bagaimana mendapatkan kelulusan tanah, dengan menyertai parti politik yang melawan kerajaan dan seterusnya menjadikan isu geran tanah sebagai isu politik.

Kerajaan era Musa menyedari muslihat ini, atas sebab itu memperkenalkan Geran Tanah Komunal, akan tetapi kaedah ini dibatalkan kerajaan Warisan semasa kerajaan 27 bulan pimpinan Datuk Shafie Apdal.

Setiap kali, isu geran tanah diapungkan, setiap kali lah kerajaan cuba memintas dan bertindak ke hadapan, dengan mengwar-warkan penyerahan geran-geran tanah, cara ini lah yang dilakukan bukan sahaja semasa pilihan raya, akan tetapi berjalan berterusan.

Parti yang membangkang kerajaan, sebenarnya tahu, selain mengukur tanah memerlukan masa yang lama, juga kos yang tinggi, atas sebab itu, kerajaan mendapat geran khas menerusi PANTAS daripada Persekutuan, akan tetapi isu tanah boleh menjadi faktor kecemburuan, terutama pada mereka yang tidak bertanah, kerana itu lah, kita dapati, mana-mana, lokaliti dijadikan lokasi penyerahan tanah khususnya menjelang pilihan raya, lokaliti itu, menerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM), calon kerajaan kalah, malah menular di PDM-PDM lain, sehinggakan DUN atau Parlimen di mana lokaliti berlokasi dirampas pembangkang.

Penulis telah memperhatikan, isu geran tanah telah menjadi semacam duri dalam daging pada mana-mana kerajaan sebelum ini. Kerana atas faktor tersebut, pemberian geran tanah tidak menjadi faktor kelebihan pada sesebuah kerajaan, tetapi kadangkala bertukar semacam senjata makan tuan. Pun demikian, kerajaan tiada pilihan walaupun terperangkap dengan keadaan ditelan mati emak diluah mati bapa, atas sebab kebertanggungjawaban pada mereka yang memohon, walaupun sedar, keluasan tanah yang boleh diagihkan semakin terhad.

Jika pemimpin pembangkang ada rasa kejujuran dan keikhlasan (memang disengajakan tidak mahu jujur dan ikhlas), tidak mempolitikkan isu-isu geran tanah, kerana usaha ke arah itu beterusan untuk masa yang panjang, sekali ada tanah yang boleh diagihkan.

No comments:

Blog Archive