Sunday, September 25, 2022

PRU-15: KERJASAMA GRS-BN SABAH ELAK PERTEMBUNGAN

WALAUPUN belum diumum secara rasmi, kerjasama antara GRS-BN Sabah pada PRU-15 semakin jelas, atas sebab kenyataan-kenyataan daripada kedua pihak menuju ke arah itu, sebagai salah satu strategi untuk menang.

Menerusi kerjasama itu, pertembungan tidak berlaku, maka membolehkan penyokong kedua belah pihak memberi sokongan pada mana-mana parti yang bertanding.

Hanya yang membimbangkan jika antara dua parti tersebut mencalonkan mereka yang ekstrim termasuk pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengores hati penyokong salah satu parti, dikuatiri tidak mendapat sokongan.

Masing-masing pihak perlu meneliti secermat mungkin, bukan sahaja dikaca mata parti sendiri akan tetapi parti kawan, sebelum menentukan calon-calon.

Penulis memperhatikan, kerana ketaksuban pada parti sendiri, ada segelintir membuat kenyataan-kenyataan negetif berkaitan parti yang bakal menjadi kawan.

Tiada mana-mana parti atau pemimpin boleh mengawal undi protes, jika memang calon yang bertanding tidak dapat diterima. Dalam keadaan ini, kebarangkalian kawasan yang boleh dimenangi boleh bertukar pada kekalahan.

Rekod pilihan raya yang lepas-lepas adalah contoh-contoh terbaik digunakan sebagai panduan, dalam penentuan calon-calon.

Pengundi Sabah terkenal dengan “giant killer”. Tidak sedikit pemimpin otai kecundang pada pilihan raya.

No comments:

Blog Archive