Monday, August 08, 2022

SABAH BOLEH TERKENAL DI DUNIA HANYA KERANA ISIRONG KELAPA SAWIT

KUMPULAN YAYASAN SABAH (KYS) atau Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) boleh menjadi pelopor pengeluran GRAPHENE yang menggunapakai isirong kelapa sawit.

Graphene adalah sejenis produk yang mempunyai kekuatan 200 kali ganda berbanding logam.

Produk banyak digunakan oleh industri pembuatan, kerana atas sifatnya yang mempunyai tahap ketahanan yang tinggi kepada api. Selain itu juga ianya ringan dan pengalir yang efektif.

Antara produk yang boleh menggunakan bahan ini adalah penghasilan skrin telefon bimbit, bateri, kereta elektrik, dakwat, bahan komposit dan penapisan.

Sungguh sayang, keluaran kelapa sawit yang begitu banyak tidak dimanfaatkan. 30,000 tan isirong kelapa sawit boleh menghasilkan 60 tan bahan graphene setahun. Harga pasaran antara RM1,300-RM1,700 setiap gram. Tekan kalkulator, berapa sumbangan pada kutipan hasil negeri.

Kerajaan GRS-BN Sabah, perlu bertindak segera, memanfaatkan, hasil sampingan kelapa sawit negeri, untuk menghasilkan produk yang mengharumkan dan menjadikan Sabah terkenal di pelosok dunia. Bukan itu, sahaja, industri seperti ini, akan membuka peluang pada ramai anak-anak Sabah berkelayakan jurutera menguji bakat dan menggunapakai ilmu yang diperolehi. Bertindak daripada sekarang!!!.

1 comment:

Is said...

Malatysia-based Graphjet Technology aims to list on NASDAQ by 3rd qtr of 2022... tak banyak company yang listing di Bursa seluruh dunia... sayang sekali kita memiliki raw material tetapi tidak dimanafaatkan secara agresif...

Blog Archive