Monday, July 25, 2022

TUNAI JANJI ADALAH ASET UTAMA PEMIMPIN

KITA biasa dengan wakil rakyat sepenggal, kita juga biasa dengan wakil rakyat berpenggal-penggal.

Mengapa berlaku dua keadaan yang berbeza? Kerana hanya satu faktor- TUNAI JANJI.

Pemimpin mengambil pendekatan janji perlu dikotakan, bukan sahaja menggambarkan sifat pemimpin tersebut akan tetapi menjadi satu ikatan antara mereka dengan rakyat.

Di Sabah, antara wakil rakyat yang masih berkhidmat, dengan rekod berpenggal-penggal adalah Datuk Hajiji Haji Noor, Datuk Masidi Manjun, Datuk Ghulam Haidar, Datuk Ariffin Arif. Malah, Hajiji dengan rekod 32 tahun, mengekori rekod Tan Sri Pairin Kitingan, yang berjumlah 42 tahun.

Bukan perkara mudah, bagi seseorang pemimpin boleh menjadi wakil rakyat berpenggal-penggal, kerana ianya sangat bergantung, tertakluk pada sokongan rakyat.

Rakyat akan terus menyokong, kerana berpegang pada janji untuk menyokong, sesuai dengan tindakan pemimpin yang juga menunai atau mengotakan janji. Kerana faktor JANJI maka menjadi pengikat, antara yang menyokong dan disokong.

Sebab itu, bukan perkara pelik, jika seseorang yang sentiasa berpegang pada janji, bertanding bebas pun, boleh menang, jika tidak menang pun, tidak hilang deposit, malah memberi saingan pada calon sesebuah parti besar.

Penulis melihat, para pemimpin Sabah yang menerajui kerajaan pada hari ini, walaupun bukan semua, sentiasa berpegang teguh pada janji, mungkin mereka itu mengambil iktibar pada pemimpin berpengalaman yang masih bersama-sama mereka menerajui kerajaan.

Jika sifat-sifat seperti ini tidak cacat dipertengahan, mereka yang baru bermula sebagai wakil rakyat, akan berterusan, sehingga mereka memberi peluang pada pemimpin lain, mengambil tempat mereka.

Berhadapan dengan PRU-15, kekuatan yang ada pada pemimpin yang sentiasa mengotakan janji, menjadi katalis atau pendorong pada mana-mana calon yang mereka sokong, atau dengan kata lain parti yang mereka wakili menang di kawasan masing-masing.

Manakala, parti-parti yang masih mengekalkan pemimpin tidak mengotakan janji, hanya dilihat sebagai peserta pesta demokrasi.

No comments:

Blog Archive