Friday, April 22, 2022

ISU BEKALAN AIR TERAWAT DI SABAH

ISU bekalan air terawat di Sabah, bukan sahaja meliputi kawasan yang tidak pernah menerima bekalan seumpama itu sejak merdeka, akan tetapi kini menjadi krisis bagi sesetengah kawasan yang sudah ada bekalan.

Jika sebelumnya isu air tidak berhasil (Non Revenue Watar- menurut Datuk Bung Moktar Radin 59%), kini isu kurangnya bekalan, kerana terkait dengan bekalan yang tidak konsisten, impak gangguan pada loji-loji air, paip pecah, sumber air yang seperti sungai yang tidak konsisiten. Selain itu, di kawasan padat penduduk dengan kehadiran rumah-rumah setinggan, berlakunya penyambungan haram, juga menjadi punca terganggunya bekalan pada pengguna rasmi.

Pendekatan jangka pendek, yang berlaku sekarang di kawasan Kota Kinabalu dan sekitar adalah menyatu bekalan, termasuk menggunakan tangki air untuk kegunaan pengguna yang terputus bekalan.

Di kawasan penulis, gangguan air telah berterusan lebih 10 tahun, kini, bertambah meruncing lagi, kerana dalam sehari, hanya dua jam, paip rumah akan meluncur air, dan saban hari terpaksa menunggu 22 jam untuk mengisi tabung-tabung air.

Apa yang penulis cukup terkilan, jika meneliti peruntukan yang disalurkan untuk tujuan bekalan air bukan sedikit jumlahnya, ratusan juta, baik daripada Persekutuan mahupun negeri. Kerana peruntukan ratusan juta yang disalurkan pada Jabatan Air Sabah (JAS) selain peruntukan langsung pada projek-projek bekalan air, ada pihak-pihak tertentu manjadi jutawan segera, malah sebahagian daripada mereka itu sedang dibicarakan di mahkamah, kerana dijumpai wang ratusan juta samada di rumah kediaman termasuk rumah perempuan simpanan, pejabat, kereta dan bank.

Pada hakikatnya kerajaan hari ini, tahu punca mengapa bekalan air kerap terganggu, dan tahu bagai mana menyelesaikannya, akan tetapi, masalah yang terkumpul berdekad, tidak akan boleh diselesaikan sekelip mata, pinjam kata-kata Datuk Bung Moktar Radin, kerajaan tiada lampu aladdin. Menyelesaikan masalah air akan mengambil masa yang panjang.

Isu air merupakan isu negara, malah negeri maju pun seperti Selangor, termasuk ibu negara Kuala Lumpur, kerap berhadapan dengan gangguan bekalan air.

Di Sabah, sudah lah penduduk yang tidak pernah menerima bekalan air bersih menunggu bekalan seumpama itu sampai di rumah masing-masing, akan tetapi mereka yang sebelum ini bergembira dengan bekalan seumpama itu, kini tidak lagi menikmati keadaan yang sama. Mereka yang menerima bekalan yang tidak terhad sebelum ini, asal buka paip, maka air meluncur atau mengalir dengan derasnya, sehingga melupa penanda aras antarabangsa, bahawa setiap pengguna hanya memerlukan 165 liter sehari, akan tetapi kerana air daripada paip cukup kuat, maka menggunakan dua kali ganda sehari.

Ada lah malang bagi rakyat Sabah, air hujan yang boleh menyebabkan banjir, apabila musim hujan menguap begitu sahaja. Mungkin di suatu masa, punca air seperti ini dapat dimanfaatkan, tapi bila???

No comments:

Blog Archive