SEBAGAI pengguna, yang bergantung pada bekalan air terawat yang disambung terus ke rumah, sudah tentu berhadapan dengan tekanan, apabila bekalan air bukan sahaja kerap terputus, akan tetapi berhadapan dengan catuan. Jika jadual catuan itu tepat, mungkin meringankan sedikit bebanan, akan tetapi apa yang berlaku, "not a drop of water appears in the tap" dalam tempoh 24 jam.
Sudah lah menurut rekod air tidak berhasil ( non revenue water) mencecah 59 peratus, penulis juga merasa terkilan apabila membaca bekas pengarah dan timbalan pengarah air Sabah sedang dibicarakan dengan 37 pertuduhan membabitkan RM61.57 juta. Wang sejumlah itu, jika mungkin digunakan untuk menganti batang paip usang, sudah tentu gangguan bekalan kerana batang pecah diminimumkan, dan kebarangkalian catuan air tidak berlaku, seperti mana dialami ribuan pengguna Jabatan Air Sabah (JAS).
Semua kita pasti tahu, ketiadaan air, semua aktivti sebagai pengguna terjejas, apa tah lagi gangguan bekalan berlaku pula pada bulan suci Ramadhan.
Tidak perlu diseneraikan, apa kah keperluan pengguna, sebab itu ada yang berhujah lebih baik tiada bekalan elektrik berbanding air.
Memang diakui, isu bekalan air, tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat, akan tetapi memerlukan masa dan peruntukan besar.
Apabila bercakap berkaitan permintaan dan bekalan, sudah tentu berkait rapat dengan perancangan sebelum ini. Mungkin mereka yang merancang pembinaan loji-loji air, tidak mengambil kira permintaan bakal meningkat dengan laju.
Mungkin ditakdirkan penulis sentiasa berhadapan dengan bekalan air (kecuali di kampung kerana adanya tube well), kerana semasa bertugas pada tahun 80-an diarah bertugas di daerah-daerah yang memang tiada bekalan air. Penulis bergantung sepenuhnya daripada perigi, diangkut dengan tangki air kemudian dipam ke dalam tangki “biru” dan seterusnya disambung pada paip rumah. Pada masa itu, bekalan air terputus di rumah, jika penulis tidak mengangkut air, tetapi sekarang, TIADA yang boleh dilakukan, kerana sistem bekalan, tidak boleh dipintas, kerana sistem yang digunapakai adalah sistem langsung daripada pembekal. Perumahan yang dibina Kumpulan Wong Kok mengunapakai sistem ini, sebab itu, harga air lebih tinggi berbanding kadar air JAS, malah sentiasa ada bayaran tambahan 5% setiap penggunaan air.
Sudah tiba masanya, mana-mana syarikat perumahan, diwajibkan menyediakan tangki simpanan yang mencukupi, sekurang-kurangnya 72jam, untuk keperluan penghuni yang tinggal di kawasan perumahan seumpama itu, jika bekalan daripada JAS terganggu. Apa yang berlaku sekarang, sudah lah bekalan daripada JAS kerap terganggu, tangki yang digunakan menampung air, tidak dapat memenuhi keperluan penghuni.
No comments:
Post a Comment