JIKA tidak berlaku berubahan kerajaan persekutuan, maka geran kewangan untuk Sabah tidak akan meningkat?
Geran tahunan untuk Sabah bertahun-tahun berjumlah RM26.7juta, selepas perubahan kerajaan Persekutuan pada PRU-14, diduakali gandakan menjadi RM53.4 juta. Akibat perubahan kerajaan lagi, kini jumlah itu meningkat 5 kali ganda kepada RM133.5 juta.
Walaupun amaun RM133.5 juta tidak lah besar sangat, jika dibandingkan dengan keperluan Sabah untuk meningkatkan pembinaan kemudahan-kemudahan asas, akan tetapi amaun sedemikian memberi impak lebih baik berbanding jumlah yang diberikan Persekutuan berdekad lamanya.
Kadangkala rakyat diperlukan mengubah kerajaan yang tersangat selesa, kerana keseronokkan itu adalah faktor menjadikan kerajaan leka, dan seterusnya terlepas pandang atau lupa, keperluan sebenar rakyat pada sesebuah negeri, yang sepatutnya menerima sejumlah peruntukan sebagai timbal balas daripada khazanah negeri yang dikaut, akan tetapi tidak dipulangkan sebagai mana semestinya.
Negeri Sabah, walaupun kaya dengan sumber alam semulajadi, termasuk minyak dan gas, adalah negeri yang terbelakang daripada semua bidang, terutama daripada segi kemudahan asas.
Ada lah pengalaman biasa bagi rakyat Sabah, berhadapan dengan jalan-jalan raya yang tidak standard, kerapnya gangguan bekalan air bersih, kerapnya gangguan bekalan elektrik, bukan sahaja di kawasan pedalaman, juga di kawasan-kawasan bandar dan pekan.
Ketersediaan kemudahan asas, ada lah pendorong utama aktiviti ekonomi. Kerana kemudahan asas tidak seperti mana negeri yang telah merdeka lebih setengah abad, maka sudah tentunya aktivti ekonomi juga lembab. Apabila aktiviti lembab, maka sudah tentu lapangan pekerjaan juga kurang, dan impaknya, pendapatan rakyat juga kurang.
Jika lah perubahan kerajaan Persekutuan berlaku lebih awal, sudah tentu geran untuk Sabah telah lama meningkat. Keputusan rakyat pada PRU-14 sangat membantu rakyat Sabah secara umumnya untuk mendapatkan hak yang sekian lama dinafikan.
2 comments:
Assalamualaikum .
Nak komen sedikit tajuk posting hari ini.
Ringkaskan cerita walaupun berdekad peruntukan geran sabah diberikan rendah, pada pendapat saya yang harus dirungut dan disalahkan tentunya Pemimpin Negri Sabah sendiri. Kita semua tahu Sabah kerap bertukar kerajaan , tetapi Pemimpin utama sabah Yang Menerajui negeri tersebut, tidak pernah Pemimpin dari negeri lain diangkatsemuanya anak sabah.
Adalah tidak adil mengomel mengatakan kalau tidak ada perubahan kerajaan Para PRU14 sabah tidak akan mendapat geran sebegini, Seolah olah parti yang dipersalahkan . Sedangkan pemimpin dan parti yg memerintah di pilih oleh orang sabah sendiri,
Harus diterima hakikat seperti negeri Selangor Negeri termaju di malaysia adakah parti yg memerintah sebelum ini telah gagal maka kalau tidak ada perubahan kerajaan pada PRU 14 selangor tidak semaju hari ini?
Semuanya bergantung kapada kebijaksanaan pentadbir Negeri tersebut, sekian
PLEASE ALL MCA MEMBERS FAR FROM YIP KUM FOOK!
请远离马华党员 叶金福!
敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.
除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.
This Datuk is very bad like a dog; everyone has to send any message to the King(Agong) because it is a shame for the whole of Malaysia to be called Datuk
By Ng Swee Huat, Kepong
Post a Comment