Saturday, December 25, 2021

BENCANA YANG MELULUHKAN KEEGOAN MANUSIA


TSUNAMI tahun 2004 berlaku pada Disember, banjir besar melanda pantai timur Semenanjung tahun 2014 berlaku pada bulan yang sama, dan kini tahun 2021, banjir besar yang dikatakan hanya berlaku 100 tahun sekali melanda Selangor.

Tsunami tahun 2004 berlaku di Aceh Indonesia, sebab itu tidak lah kecoh sangat di negara kita. Kurang saling munding jari, akan tetapi lain jadinya pada tahun 2014 dan tahun 2021, antara kita saling tuding jari.

Banjir itu adalah bencana. Tiada siapa yang mahukannya. Namanya juga bencana, sesuatu yang tidak diduga. Kerana tidak diduga lah maka memerangkap semua.

Di pihak mangsa bukan sahaja kelam kabut, takut, malah bercampur marah (kekurangan manusia).

Mangsa yang tidak mampu mengurus kesabaran, meluahkan rasa amarah pada sesiapa sahaja, termasuk pemimpin, kerajaan atau mana-mana pihak, seolah-olah bencana adalah ciptaan mereka yang dipersalahkan.

Apa pengajaran pada sesuatu bencana alam? Agar kita bersedia berhadapan dengannya, menggunakan ilmu yang kita pelajari, bahawa bencana seperti banjir, pasti berlaku pada kawasan rendah, berdekatan sungai (air melimpah kerana sungai sudah cetek selain dipenuhi sampah sarap).

Air bergerak lurus, dan menunju kawasan rendah sesuai dengan tarikan graviti. Air akan merempuh setiap halangan dihadapan, sebab itu lah, kerosakan berlaku yang melibatkan harta benda yang menghalang laluan.

Walaupun sifat air akan mengalir ke kawasan rendah, tetapi kerap juga berlaku air bertakung atau air termenung pada kawasan-kawasan tertentu. Kejadian ini lah yang menambah impak bencana.

Mengurus bencana bukan mudah. Tiada mana-mana negara di dunia ini, termasuk negara super maju seperti Amerika Syarikat dan China, boleh MEMBERI contoh bagai mana mengurus bencana tanpa mengorbankan harta benda atau nyawa.

Kepada neitzen atau mana-mana pemimpin politik yang menuding jari pada kerajaan sepatutnya menarik balik tudingan tersebut, kerana mengurus bencana, tidak terikat pada kerajaan sahaja, akan tetapi melibatkan semua.

Penulis bersimpati pada mangsa-mangsa, pada masa yang sama juga kagum dengan tindakan semua pihak yang terlibat dalam tugas menyelamat. Selain itu, penulis juga dapat melihat kebertanggungjawaban kerajaan, dengan menyalurkan bantuan samada tunai atau bantuan-bantuan lain kepada para mangsa, termasuk mereka yang terkorban.

Namun, penulis juga rasa sedih, ada pemimpin politik mengambil peluang mempolitikkan bencana, dan hanya tahu menuding jari dan mempersalahkan pihak lain, sedangkan mereka itu, hanya berbekalkan air liur tanpa daya usaha membantu. Bencana banjir yang tidak terduga, telah meluluhkan keegoan manusia, itu lah realitinya.

3 comments:

lee said...

Dear All MCA Members in respect,
That Yip Kum Fook of head Gombak and Yip Jiun Hann MCA Youth chief Gombak or father and son trying to grab the High Committee MCA party on this December
We hope that members of MCA party considering profuse, please not vote to people have two faces because their behaviour are very bad for Chinese community in Malaysia.
They used the power politic to cheating female, destroying others family , until the money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, DESA JAYA, KEPONG, KL ,and dare swallow money of Buddhist temple and Indian temple land in Taman Daya he was burning to getting rich for own greed.
If this kind of opportunist groups supported the MCA party and we believe that this MCA party will not grown forever.
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

Unknown said...

Mmg dugaan Allah.. Tapi mane kerajaan yg utamakan rakyat. Klu. Ph pegang kuasa lagi.. Berbakul2 pas n bn bantai

Unknown said...

Allah nak tunjuk tu.. Kpd rakyat. Menteri kabinet berpuluh2. Kesusahan rakyat abaikan.. Tunggu dekat pru. Baru nampak rakyat

Blog Archive