Thursday, November 04, 2021

PRN MELAKA: ADA KEBARANGKALIAN PH MENANG


TIADA parti yang paling gembira, apabila berlaku pertembungan tiga penjuru adalah Pakatan Harapan (PH). 

Di atas kertas, kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi kaum cina di atas 20 peratus berpotensi dimenangi PH.

Berasaskan komposisi penduduk di kawasan-kawasan sedemikian, selain berpandukan pada keputusan PRU-14, sekurang-kurangnya 8 kawasan majoriti kaum melayu bakal ditawan PH.

Sementara itu. semua kawasan majoriti kaum cina bakal dimenangi DAP.

Pada PRN kali ini, diramalkan, parti yang berasaskan kaum cina atau india, hanya DAP yang menyerlah, manakala yang lain, akan kosong kerusi.

Membaca senario politik tanah air, tidak perlu pak nujum, realiti terpaksa diterima, bahawa kaum cina dan india, masih menyokong parti DAP. Atas sebab realiti ini lah, parti-parti berasas melayu tidak boleh berpecah.

Membaca kecenderungan pengundi, jika berpandukan pada PRN-16 Sabah, hanya menerusi kerjasama berbagai parti, mampu mendapat kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Pada PRN-16 Sabah September tahun lepas, tiada parti yang boleh membentuk kerajaan secara bersendirian. Selain itu, tiada kerusi majoriti kaum cina dimenangi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Semua kawasan demikian, dimenangi Warisan dan DAP (Nota: semua calon DAP menggunakan logo Warisan semasa PRN-16 Sabah).

Berasaskan pada kecenderungan pengundi, tidak mustahil akibat pertembungan tiga penjuru, menguntungkan PH, khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai lebih 20 peratus pengundi cina.

Sama-sama kita nantikan, apa kah anggapan dalam tulisan ini bakal berlaku pada 20 November.. Jika benar-benar berlaku, maka semua parti yang merupakan pendokong Kerajaan Persekutuan pada masa ini, perlu kembali ke “drawing board” untuk melakar strategi menghadapi PRU-15.

No comments:

Post a Comment