Thursday, November 04, 2021

PRN KE-12 SARAWAK UJIAN PERTAMA BAGI DATUK ABANG JOHARI


SELEPAS tamat darurat, MAKA PRN ke-12 Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Jika mengambil kira tempoh itu, maka PRN bakal diadakan tahun depan, namun semuanya bergantung pada SPR.

Mungkin pihak SPR sudah mempersiapkan semua keperluan logistik, kerana agensi tersebut telah maklum, bahawa DUN Sarawak telah berakhir pada Jun tahun lepas. Jika demikian keadaannya, suruhanjaya itu, hanya perlu mengeluarkan writ pembubaran Dun, dan kemudiannya menentukan hari penamaan calon dan hari pengundian dalam tempoh terdekat.

DUN Sarawak yang mempunyai 82 kerusi, 72 kerusi dikuasai Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) yang dimenangi pada PRN negeri ke-11 tahun 2016, yang mana masa itu masih komponen Barisan Nasional (BN).

GPS keluar secara rasmi daripada BN pada Jun, 2018, sebulan selepas PRU-14.

Melihat rekod kerajaan Sarawak yang diterajui PBB, salah satu komponen GPS, gabungan tersebut, diperkirakan tidak menghadapi saingan sengit pada PRN negeri tersebut, walaupun telah kehilangan seorang pemimpin veteran-Presiden PRS- Tan Sri James Semut Masing.

GPS dijangka akan bertanding seluruh 82 kerusi yang tersedia, walaupun ada ura-ura parti komponen Perikatan Nasional (PN) parti Bersatu, bakal meletakkan calon.

PN dan GPS merupakan parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan, selain BN, dan GRS.

PRN ke-12 Sarawak, adalah ujian pertama Datuk Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri.

No comments:

Post a Comment