Sunday, October 03, 2021

PARTI WARISAN MENUJU KEHANCURAN


SEPERTI diramal, kewujudan parti Warisan, hanya untuk masa tertentu, dan tiada masa depan dalam politik Sabah.

Menang beberapa kerusi pada pilihan raya lalu, kerana faktor sentimen, dan harapan yang dilaungkan para pemimpin parti itu, sehingga ada rakyat yang terpengaruh.

Ada lah lumrah, harapan palsu dan khyalan, tidak akan bertahan lama, ibarat, hilang kabus nampaknya gunung.

Kini, salah seorang pemimpin utama parti itu dan bekas Menteri kabinet Warisan, telah keluar parti dan bertindak sebagai ADUN bebas pro Kerajaan.

ADUN Sindumin yang juga Ketua Penerangan parti itu mengistiharkan keluar parti berlambang perahu layar tersebut.

Bagi pendapat penulis, sudah tiba masanya para pemimpin atau wakil rakyat parti itu meninggalkan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut, jika mereka mahu kekal relevan dalam politik Sabah.

Kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan kekal dalam masa lama, kerana pendekatan para pemimpin parti dalam gabungan tersebut sangat dekat dengan hati rakyat.

Apabila kita teliti, pendekatan para pemimpin GRS selain “down to earth” juga “walk the talk”, tidak mudah meluahkan janji, jika tidak dapat ditunaikan.

Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, bertindak berasaskan keupayaan kerajaan. Sifat kepimpinan yang mengutamakan rakyat dibantu semua pemimpin dalam gabungan tersebut, samada mereka yang menjadi aggota kabinet negeri mahupun ADUN biasa.

Sangat jelas semasa pandemik Covid-19 dan program PICK, semua ADUN dan pemimpin dalam gabungan tersebut berganding bahu membantu rakyat yang terkesan.

Mungkin, teladan yang diberikan para pemimpin GRS, menjadi pemangkin pada Datuk Dr Yusof Yakob meninggalkan parti Warisan untuk menyokong kerajaan.

Yusof adalah pemimpin politik yang sangat berpengalaman, dan luas pengetahuan berkaitan aspirasi rakyat. Welcome to the club Datuk...

No comments:

Post a Comment