Sunday, October 03, 2021

SENARIO PRU-15: PERTEMBUNGAN TERBUKA ANTARA PN DAN BN HANYA DI SEMENANJUNG


PERTEMBUNGAN terbuka antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) hanya di Semenanjung, tidak di Sabah dan Sarawak.

Di Sabah pembahagian kerusi akan ditentukan sendiri oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan di Sarawak pula oleh Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS).

Untuk rekod, di Sabah masih ada BN, manakala di Sarawak tiada.

Sementara itu, PN berkemungkinan besar tidak meletakkan calon di Sarawak, meskipun wujudnya Bersatu di negeri tersebut.

Di Sabah, GRS akan bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan, manakala di Sarawak GPS dan PH. Sementara di Semenanjung, akan berlaku pertembungan tiga penjuru di semua kawasan, samada parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) antara PN, BN dan PH.

Dengan senario demikian, hanya di Sarawak dan Sabah akan jelas pemenang kerusi, manakala di Semenanjung, berkemungkinan, taburan jumlah kerusi masing-masing pihak akan seimbang.

Pihak mana akan membentuk kerajaan selepas PRU-15 sangat bergantung pada Sabah dan Sarawak.

Keputusan PRU-15, tidak akan mengulang, keputusan-keputusan seperti mana PRU-PRU lalu, atas sebab senario politik sudah berubah, termasuk adanya Undi-18.

Pengundi mempunyai rekod sendiri, khususnya semasa pandemik Covid-19. Selain itu, pengundi, sudah boleh membandingkan, pemimpin mana yang peka terhadap kepentingan rakyat dan negara.

Menerusi suasana politik tanah air yang sudah berubah, para pemimpin politik tidak boleh lagi syiok sendiri, mencatur kepentingan masing-masing,melainkan perlu akur dengan aspirasi rakyat.

Politik sekarang dan seterusnya, tiada istilah lagi, calon bidan terjun boleh menang, melainkan, mereka yang mempunyai perjuangan yang nyata dan jelas, beritegriti, tidak sombong, tidak mementingkan diri sendiri dan kroni, yang menjadi pilihan pengundi.

Keupayaan media sosial, yang mana semua boleh menjadi wartawan sekelip mata, akan menjelaskan setiap profile calon-calon yang bertanding pada PRU-15 kelak. Perlu diingat, sebelum pengundi memangkah kertas undi, perubahan pilihan akan berlaku, kerana mesej-mesej berkaitan calon terkongsi menerusi pesanan-pesanan ringkas menerusi telepon bimbit. Makna kata, setiap calon, perlu bersedia 100%, yakni bebas sebarang isu.

Mana-mana calon yang mempunyai kekuatan media sosial, bakal muncul sebagai pemenang,berbanding,mereka yang mengharapkan liputan media arus perdana. Mengapa? Kerana penyokong menyebar di seluruh penjuru kawasan parlimen atau DUN. Mereka ini lah yang menjadi tonggak atau barisan hadapan setiap calon. Ertinya, para calon yang mempunyai jalinan kukuh akan mempunyai kelebihan menang.

PRU-15, tiada jaminan tokoh-tokoh politik mudah menang, kerana terbukti menerusi PRU-14, ramai sungguh mereka dalam kategori ini telah tewas kepada calon-calon baharu.

Selepas PRU-15, kita akan menyaksikan orang-orang baharu akan dipilih pengundi, tambahan lagi berlakunya pertembungan terbuka antara parti-parti besar di Semenanjung.

GRS dan GPS sangat bernasib baik, kerana selain keunikan, juga para pengundi mengenal calon-calon yang bakal dipilih, walaupun nanti, akan ramai calon-calon yang bakal mencuba nasib, seperti mana PRN-16 Sabah.

No comments:

Post a Comment