Monday, October 04, 2021

PRU-15: PERTEMBUNGAN ANTARA PARTI ADALAH REALITI


MASING-MASING parti mempunyai halauan dan hala tuju sendiri. Atas faktor tersebut pertembungan antara parti adalah realiti dalam politik.

Apa yang membezakan pada haluan dan hala tuju tersebut, ada lah strategi masing-masing untuk mencapai tujuan.

Berasaskan keadaan semasa politik tanah air, startegi yang digunakan parti-parti adalah saling bekerjasama untuk mendapat sokongan pengundi.

Senario sokongan pengundi tidak lagi berpaksi pada parti dominan, melainkan kerjasama rentas parti.

Pengundi atau rakyat menukar selera, daripada parti dominan, kepada berbagai parti. Bukti itu tercermin pada PRN-16 Sabah. Keputusan PRN-16, tiada single parti boleh membentuk kerajaan tanpa sokongan parti-parti lain.

Kecenderungan ini perlu difikirkan oleh para pemimpin parti, jika parti mereka hendak diberikan mandat oleh rakyat, dan seterusnya menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Juga, rakyat melihat, parti mana yang tidak banyak masalah atau isu dalaman, kerana faktor ini boleh menjadi penyebab, kumpulan parti yang diberi mandat semasa pilihan raya, boleh tumbang, seperti mana berlaku pada Pakatan Harapan (PH).

Rakyat mahu kerajaan yang stabil, tidak bertukar ganti dalam masa singkat, kerana ianya boleh menyebabkan pembelaan kepada mereka terbantut dan cacat.

Sempena PRU-15, parti yang kerap mengeluarkan kenyataan adalah Umno, khususnya berkaitan kerusi yang bakal ditandangi. Kerana isu kerusi, maka, menjadi faktor utama menghalang menjalin kerjasama dengan Bersatu. 

Mengapa kerusi-kerusi demikian menjadi duri dalam daging antara Umno dan Bersatu? Sebabnya kawasan-kawasan sedemikian adalah kawasan melayu/bumiputera, yang mana sejak kewujudan kawasan tersebut telah dimenangi Umno.

Bersatu, kena meningkatkan kekuatan sendiri untuk menawan kawasan-kawasan  seumpama itu, seperti mana dilakukan Parti Warisan Sabah. Kerusi-kerusi Warisan adalah kerusi-kerusi tradisi parti berlambang keris tersebut. Ertinya, parti mana yang bakal menang di kawasan-kawasan tersebut sangat bergantung pada pengundi di kawasan-kawasan tersebut, dan tiada lagi jaminan, sesebuah kawasan ada lah milik parti tertentu. Fikir-Fikir kan kerana dunia politik tanah air sudah berubah.

No comments:

Post a Comment