Tuesday, September 28, 2021

HAJIJI SAMBUT BAIK RMK-12


RMK-12 menurut Ketua Menteri Sabah, memastikan Sabah kekal dalam arus perdana pembangunan negara.

Datuk Hajiji Haji Noor mengulas berkaitan pembentangan RMK-12 di Parlimen pada Isnin yang dibentang Perdana Menteri.

Penglibatan Sabah dalam arus perdana pembangunan dapat dilihat melalui jaminan Perdana Menteri pada Sabah, Sarawak dan negeri lain yang kurang maju akan menerima kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan di bawah RMK-12.

Untuk RMK-12 Kerajaan Persekutuan memperuntukan RM400bilion, satu rekod peruntukan bagi tujuan yang sama.

Peruntukan yang besar begini, sudah lama-lama dinantikan oleh negeri Sabah, sesuai dengan semangat MA63, yang menggariskan terdapatnya keseimbangan daripada segi pembangunan antara tiga Wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sabah selepas 58 tahun bersama Persekutuan Malaysia, masih berhadapan dengan isu kemudahan asas, dan sangat membelangu bukan sahaja kehidupan harian rakyat, juga menjadi penghalang kepada aktiviti ekonomi.

Dalam era digital ini, Sabah masih bergelut dengan liputan internet, dan kerananya, menjadi penghalang bukan sahaja pada pertumbuhan ekonomi yang melibatkan internet, juga penghalang kepada proses pembelajaran, anak-anak Sabah.

Rakyat Sabah sangat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, akhirnya penantian akan terealisasikan menerusi RMK-12.

Diharapkan, RMK-12, ada lah permulaan, agar isu-isu yang terkandung dalam MA63, yang dijadikan isu politik berdekad, akan mencapai titik noktah, dan seterusnya rakyat Sabah dengan rakyat negeri-negeri lain yang bergembira bersama-sama dalam KELUARGA BESAR MALAYSIA.

Juga, dilihat menerusi peruntukan yang besar yang bakal diagihkan kepda Sabah menerusi rancangan lima tahun negara ini, bukan sahaja membantu visi negeri SABAH MAJU JAYA, akan tetapi akan menjadi pemangkin kepada kemajuan yang lebih baik.

No comments:

Blog Archive