Bermula hari ini 21 Ogos, 2021, seorang pemimpin Umno mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9. Pemimpin tersebut, adalah naib presiden-Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perlantikan Ismail, melakar sejarah dalam parti Umno sendiri, malah dalam politik negara, kerana beliau adalah pemimpin pertama menduduki kerusi Perdana Menteri bukan sebagai pemimpin utama sesebuah parti. Selain itu, beliau juga, ada lah pemimpin pertama dilantik ke jawatan nombor satu negara bukan daripada lingkaran elit politik tanah air.
Parti Umno yang kehilangan kuasa pada 9 Mei, 2018 selepas menerajui negera selama 61 tahun, hanya sempat menjadi pembangkang selama 22 bulan, dan sebelum kembali ke Putrajaya, telah menjadi sebahagian daripada kerajaan selama 17 bulan.
Perjalanan kembali ke Putrajaya, dengan menumbangkan Pakatan Harapan dan memaksa Tan Sri Muhiyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Apa kah kembalinya Umno menerajui kerajaan, akan berlanjutan? Keputusan itu bergantung pada pengundi pada PRU-15.
Dalam senario politik sekarang, tiada jaminan pada mana-mana parti politik akan diberi mandat oleh pengundi.
Peluang mana-mana parti, apa kah parti yang memerintah atau pembangkang adalah seimbang. Mana-mana parti yang bakal diberi kepercayaan oleh pengundi, parti itu lah yang bakal membentuk kerajaan.
Dalam senario politik tanah air, kelebihan sebagai pemimpin kerajaan, bukan lagi jaminan bakal mendapat sokongan pengundi.
Pengundi negara ini, telah membuka mata pemimpin, semasa PRU-14, kedudukan atau kuasa bukan lagi satu jaminan.
Atas sebab trend atau kecenderungan pengundi sudah berubah, maka, mana-mana pihak yang hendak diberi mandat, perlu lah merainya.
Permainan ahli-ahli politik, pasca PRU-14, yang mengwujudkan ketidak stabilan, termasuk pada masa rakyat sedang berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi, ada lah panduan yang sangat berharga memilih parti mana atau pemimpin mana diberi mandat pada PRU-15.
Pun demikian, penulis mengambil peluang ini, mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ismail Yaakob kerana dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 negara. Tidak juga lupa, penulis mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Abah, walaupun hanya 17 bulan menerajui negara, akan tetapi telah memahat nama di hati rakyat.
Terpulang kepada Pak Long Mail, untuk melakar satu lagi catatan!!!!
No comments:
Post a Comment