Saturday, August 21, 2021

PN2.0 KERAJAAN PRA PRU-15


KERAJAAN PN2.0 selain kerajaan yang bertujuan membawa rakyat dan negara keluar daripada krisis tiga serangkai- krisis kesihatan-krisis ekonomi-krisis politik, juga sebuah kerajaan pra PRU-15.

Ada baiknya kerajaan seperti ini wujud menjelang pilihan raya, kerana pemimpin kerajaan akan berusaha semaksimum mungkin, menunjukkan keupayaan dan pencapaian kepada rakyat.

Piawaian pertama, sejauh mana keberkesanan Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya berkaitan ekonomi.

Pemimpin kerajaan sudah tentu mahu rakyat menilai pencapaian apabila meminta mandat pada pilihan raya.

Rekod itu lah yang bakal dijual kepada rakyat, untuk rakyat memberi mandat semula, supaya pencapaian lebih baik lagi berbanding sebelumnya.

Sudah tentu, pemimpin kerajaan, tidak akan memberi bola tanggung kepada pembangkang, kerana jika berlaku, maka akan menjadi faktor penghalang mendapat sokongan.

Pembangkang yang kecewa kerana gagal mendapatkan semula kerajaan mereka yang hilang, kerana sekali lagi gagal mendapat sokongan majoriti, akan terus mengintai peluang untuk mendapat mandat dari rakyat pada PRU akan datang.

Ada lah diyakini, pembangkang sudah merekodkan berbagai kelemahan kerajaan yang tidak disukai rakyat, dan kelemahan-kelemahan tersebut akan mereka pergunakan semasa pilihan raya.

Bukan itu sahaja, isu-isu sedemikian akan ditokok tambah, termasuk fitnah, dan pada masa sama akan melakar janji bulan bintang, semata-mata untuk mengabui mata rakyat.

Penyalak-penyalak mereka sudah memulakan gerakan, termasuk membidas syarat Perikatan Nasional, berkaitan anggota kabinet yang bebas kes jenayah mahkamah, memelihara pemisahan kuasa, seolah-olah mereka menyokong, bahawa tidak salah melantik kumpulan sedemikian menyertai kabinet, dan tidak salah juga jika pemisahan kuasa dikotak katik, kononya jika bertujuan kebaikan rakyat dan negara.

Jika salakan mereka ini, tidak dihayati dengan cermat, ada kemungkin kerajaan terperangkap, sedangkan itu lah misi mereka, memerangkap pemimpin kerajaan.

Lihat bagai mana mereka memerangkap Kerajaan PN1.0, berkaitan CSA, sehinggakan kerajaan memberi peruntukan RM300,000 kepada setiap anggota parlimen pembangkang untuk maksud bakul makanan, sedangkan sebelum ini, bantuan seumpama itu diurus pihak kerajaan di kawasan-kawasan yang diwakili pembangkang.

Para penyalak mereka juga, mengapungkan berkaitan kerajaan perpaduan, termasuk cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, agar calon PM yang gagal, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kononnya, cara demikian, akan menstabilkan politik.

Sebenarnya kestabilan politik itu, relatif. Kerajaan yang disokong majoriti tipis itu juga boleh stabil, dengn syarat semua ahli parlimen yang menyokong itu bebas dari pengaruh pembangkang, dengan cara membutakan mata, memekakkan telinga, hanya mengutamakan bekerja dan mengurus rakyat dan negara, sehingga tamat penggal.

Hakikatnya Kerajaan PN1.0, tidak perlu ditumbangkan. Akan tetapi, ianya sudah berlaku, maka, buang yang keruh ambil yang jernih.

Apa yang mustahak sekarang, setiap pemimpin parti yang sebahagian daripada kerajaan PN2.0 dan kerajaan Pra PRU-15, bekerja lah sebaik mungkin, sebagai bekalan menghadapi PRU-15.

5 comments:

  1. Ph kukuh kesatuan.. Tumpu pru 15.Rakyat kita dapatlah balik mandat rakyat.

    ReplyDelete
  2. Mari sama2 kita tolong kerajaan baharu ni hadapi covid 19 n ekonomi. Ikut ikut titah YDPA. Tak lama lagi dah 2 tahun lebih pru. Kita tolak katak n pkhianat mandat rakyat

    ReplyDelete
  3. Bagi ph n ++ majoriti besar.. Lebih 2/3 majoriti.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah lepas pru 15.DSAI PM kita.

    ReplyDelete
  5. Ataupun sesiapa saja dr kalangan ph

    ReplyDelete