Sunday, August 22, 2021

DATUK ISMAIL SABRI BELUM PUN MASUK PEJABAT-PEMIMPIN UMNO TUNJUK EGO SUDAH


MENGAPA pemimpin Umno tidak belajar sebab musabab ditendang pada PRU-14?

Kerana kesombongan dan ego antara faktor yang menyumbang tumbangnya parti terbesar tersebut, kerana rakyat menolak calon-calon parti yang berkarkter sedemikian, seperti Datuk Rahman Dahlan, Datuk Khaled Nordin dan ramai lagi, baik di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri.

Kini, selepas Naib Presiden parti itu dilantik ke jawatan Perdana Menteri, belum pun masuk pejabat, pemimpin yang memang ego dan sombong, muncul di media sosial, dengan memuat naik, kenyataan-kenyataan sombong.

Ahli parlimen Umno hanya 37 daripada 114. Tanpa sokongan 77 ahli parlimen parti lain, khususnya Perikatan Nasional yang mewakili 50 kerusi, Pemimpin Umno tidak akan menguasai Putrajaya.

Datuk Rahman, salah seorang MKT Umno, alergi sangat dengan perkataan Perikatan Nasional, sehinggakan menangkap skrin, kenyataan FB Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang mengandungi perkataan itu dengan membulatnya dengan warna merah.

Rahman juga memperlekeh Perkataan Perikatan Nasional, dengan menyebutnya sebagai “misnomer” , berkaitan sokongan TSMY kepada YAB Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Ramai pemimpin Umno yang ditolak rakyat dengan teruk sekali pada PRU-14, termasuk Rahman, suka sangat membangkitkan, benda-benda kecil, berbanding isu-isu besar yang berkepentingan rakyat dan negara. Mereka ini, tergolong pemimpin yang suka sangat mencari konflik berbanding penyelesaian.

Ada lah diharapkan, pandangan mereka ini, tidak mewakili pandangan Umno sendiri, tetapi hanya mewakili diri mereka sendiri, kerana jika dilihat komen-komen neitzen berkaitan muat naik ahli MKT Umno di laman fb beliau, bukan sahaja membidas, akan tetapi, hujah mereka, pemimpin umno seperti Rahman lah yang menjauhkan rakyat dengan parti.

Kesihan Pak Long Mail, sudah lah belum masuk pejabat, dan pada masa sama, banyaknya kerja-kerja yang perlu disambung dan diteruskan, muncul pula, hujah-hujah ego dan sombong yang boleh mencetuskan konflik dalam kerajaan baharu.

3 comments:

  1. Sejak jadi penyokong AbahKau, makin merapu karangan kau ne..geli hati nak baca. Kau tak nak komen ke pasal Tuntutan AbahKau nak jadi Mentor? Tolong la guna akal fikiran tu..

    ReplyDelete
  2. Kita tunggu pru ke 15.kerajaan pn ke@ kerajaan bn ke. Tu pengkhianatan mandat rakyat

    ReplyDelete
  3. Mmg muka tak malu... Dulu rakyat undi ph... Pengkhianat tu mmg pedih... Tapi itulah membersih ph drp parasit2 n puak munafik

    ReplyDelete