Sunday, May 17, 2020

DALAM PN ITU ADA UMNO ADA BERSATU

NAMPAKNYA penyokong Parti Warisan dan sekutunya terasa bahang, apabila angin kencang sedang bertiup kerajaan Sabah bakal tumbang bila-bila masa.

Politik Sabah tiada yang mustahil. Apa tah lagi dalam politik itu tiada musuh dan kawan yang kekal, melainkan yang kekal adalah kepentingan.

Kerana keguasaran itu maka ditimbulkan kononnnya wakil rakyat Bersatu Sabah bakal kembali ke parti asal Umno.  Jika pun senario itu berlaku, ertinya, keluar poket kiri, masuk poket kanan, kerana dua parti itu merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) yang sedang memerintah negara.

Pada hari ini parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) telah merangka satu persefahaman (MOU) menyuarakan sokongan terhadap penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti-parti politik.
Sokongan dinyatakan dalam satu kenyataan ditandatangani bersama oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg; Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Ke arah itu, kenyataan berkenaan menjelaskan, memorandum persefahaman (MoU) Perikatan Nasional telah dirangka dengan tujuan-tujuan berikut:
● Memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukun Negara dan menjamin kebajikan serta kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
● Memastikan satu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif dan bertaraf dunia yang menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran serta keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara.
● Memperkukuhkan semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi merealisasikan aspirasi dan matlamat Perjanjian Malaysia (MA63).
● Memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya di dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara.
● Memperkukuh Perikatan Nasional melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan sikap serta sifat saling menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Dengan wujudnya MOU tersebut, maka memberi motivasi lagi kepada para ADUN Sabah yang sedang bergerak secara senyap meninggalkan kerajaan Shafie Apdal.
Penulis yakin, apabila kabut sirna, nampak lah gunung. Sama-sama kita tunggu.

1 comment:

  1. Siapa mulakan kerajaan Tebuk Atap?

    PH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah.

    Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH.

    1. Sabah.
    BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
    Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI?

    2. Kedah.
    PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar.
    Kerajaan ini kerajaan apa?
    TEBUK DINDING???

    3. Perak
    Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak.
    Apa nama sesuai utk Kerajaan ini?
    Kerjaan TEBUK LANTAI???

    Selepas 22 bulan PM7 pun penat atau tersilap perkiraan atau tersilap perkataan. PM7 letak jawatan. Bila PM letak jawatan maka dg sendirinya semua Jemaah Menteri secara otomatik meletak jawatan dan kerajaan terbubar - TEBUK MUKA SENDRI..


    padan muko..!!!kikikk

    ReplyDelete