Latest News

Saturday, 16 May 2020

KERAJAAN WARISAN KONON KUKUH-TAK AKAN TUMBANG

KERANA ada majoriti 18 ADUN, berbanding parti-parti menyokong Perikatan Nasional (PN), maka kerajaan Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal yakin tidak akan tumbang.

Pandangan mereka, kerajaan Sabah tidak sama dengan kerajaan Johor, Melaka, Perak dan Kedah, kerana majoriti kerajaan tipis.

Sebenarnya mengubah kerajaan tidak bergantung tipis atau banyaknya majoriti, kerana tahun 2004, Kerajaan Kelantan hanya mempunyai majoriti 2 kerusi, tidak juga tumbang.  Demikian juga jika majoriti besar, tidak menjamin tidak tumbang, contoh kerajaan Pakatan Harapan, yang mempunyai majoriti yang sangat selesa, akan tetapi tumbang juga.

Para pemimpin Warisan dalam keadaan gusar, kerana mereka tidak dapat meneka siapa di antara mereka akan berpaling tadah.  Mereka yakin dengan pantasnya komunikasi, adalah cepat mengetahui siapa yang bakal berpaling tadah.

Terbukti komunkasi yang pantas tiada jaminan mengetahui siapa yang berpaling tadah, telah dibuktikan semasa PH tumbang. Demikan juga tumbangnya Kerajaan Kedah,  kerana tiada yang menyangka ADUN PKR menjadi pemudah cara tumbangnya kerajaan Dato Mukhriz Mahathir.

Untuk sementara, Kerajaan Warisan, tenang-tenang dulu, tunggu lah, masanya tumbang.

Kerajaan Warisan perlu yakin, bahawa politik Sabah sentiasa sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, kerana tidak mahu mengulangi apa yang berlaku semasa Kerajaan PBS tahun 1990-1994, yang telah berakibat Sabah dan rakyatnya jatuh miskin.

Hakikat perlu diterima bermusuh dengan Kerajaan Persekutuan, sama dengan memudaratkan negeri dan rakyat. 

Penulis yakin, ramai wakil rakyat Sabah tidak sanggup memperjudikan nasib negeri dan rakyat, kerana hanya membela Datuk Shafie, Datuk Madius dan Datuk Peter. 

Rakyat Sabah sebenarnya sedar, menyandarkan nasib mereka kepada para pemimpin ini, sama dengan menggali kubur sendiri.

4 Responses to "KERAJAAN WARISAN KONON KUKUH-TAK AKAN TUMBANG"

  1. Bye Bye Shafie. Sepandai pandai beruk melompat...semoga akhirnya SPRM akan siasat kau jugak

    ReplyDelete
  2. Silap silap kerajaan Persekutuan yang TUMBANG. Kerajaan PINTU BELAKANG sa gat fragile

    ReplyDelete
  3. HARI YANG DI TONGGU MENJELANG TIBA
    18 MEI PERSIDANGAN PERLIMEN PERTAMA
    ADA PERANGAI MCM BERUK TEEJERIT SAJA
    KEMANA ATOK KITA KASI TEPUK PADU YAA

    ESOK ADA MASKOT ADA MASK BERCONTENG
    BERUK MONYET MENJERIT2 PENGKHIANAT
    TV JANGAN LUPA KASI TEPAT ZOOMING
    KEMBANG KEMPIS IDUNG ATOK MAKIN LIGAT

    KEMANA KU BAWA DIRI YG BERUSIA INI
    BOBOI ANAKNYA DITERAJANG PAGI TADI
    NAK KE KIRI KE KANAN ORANG TAK SUDI
    HAAH TEPOK PADU POP CORN TAMBAH LAGI


    KIKIKIKI.. JGN LUPA ESOK 18 MEI BERUK MONYET BARU KELUAR DARI PKPB


    KIKIKIKI..

    ReplyDelete
  4. Kekuatiran penerintah pusat yang rapuh mengunakan harapan dua negeri yang akan TERBELI memperlihatkan moral yb yb yang terlibat jika benar perkara ini berlaku.

    Pastinya PN tertekan. Perlukan dua bulan untuk membeli yb yb dalam tempoh masa terdekat menuju sidang parlimen Julai 2020.

    Jika benar TSMY ada majoriti sokongan,kenapa usul undi tidak percaya mesti tunggu bulan Julai.

    Maknanya ada masa dan ruang untuk MEMBELI yb yb yang termakan habuan.

    Rakyat Malaysia akan disajikan sidang parlimen Malaysia yang lain dari kebiasaan, sesuai dengan situasi pandemik covid19.

    ReplyDelete