Friday, April 24, 2020

PAKEJ BANTUAN COVID-19 KERAJAAN SABAH-SIAPA RAKYAT BERNASIB BAIK?

RAKYAT Sabah berjumlah 2.9juta, manakala penduduk 3.2juta. Mungkin dalam tempoh PKP ini, yang mendapat bantuan adalah penduduk, bukan rakyat. 

Sabah telah meluluskan RM533juta bajet tambahan pertama tahun 2020 bagi berhadapan COVID-19, termasuk lah bantuan tunai. Food bank dan projek-projek mendesak. 

Kalau melihat jumlah penduduk yang mendapat bantuan menurut Kerajaan Negeri adalah seramai 340,000 orang, ertiya 12.15% daripada jumlah rakyat atau 10.63% jumlah penduduk. 

Kerajaan Persekutuan pula telah menyalurkan bantuan tunai sebanyak RM865juta kepada 737,800 rakyat Sabah atau 26.4% rakyat Sabah sahaja. 

Memandangkan syarat huluran tunai Persekutuan ada lah rakyat dalam kategori M40 ke bawah, maka rakyat Sabah yang termasuk dalam 340,000 yang diberi bantuan oleh Kerajaan Sabah itu secara automatik juga termasuk dalam jumlah rakyat yang diberi bantuan tunai oleh Kerajaan Persekutuan. Ertinya, rakyat itu lah yang bernasib baik dalam tempoh PKP ini. 

Dalam tempoh PKP ini, rakyat yang terjejas adalah mereka yang bekerja sendiri, atau peniaga kecil-kecilan dan mereka yang tidak bergaji tetap. 

Kalau melihat jumlah mereka yang diberi bantuan tunai oleh Persekutuan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), penulis rasa tiada yang terkecuali, untuk rakyat yang termasuk dalam kumpulan M40 ke bawah. Hanya timbul persoalan, bagi mereka yang tiada simpanan, khususnya mereka yang berkerja sendiri, bantuan tunai tidak mencukupi bagi tempoh 8 minggu atau 2 bulan. 

Penulis yakin, pada masa sekarang, ramai sudah kehabisan wang untuk menambah keperluan dapur, walaupun mungkin masih ada stok beras, garam, gula dan mungkin minyak, tetapi tidak dapat membeli lauk pauk, khususnya mereka yang tinggal di bandar atau pinggir bandar, misalannya di rumah-rumah susun atau taman-taman perumahan. 

Penulis sendiri, telah kehabisan tunai, untuk membeli lauk pauk, khususnya sayur-sayuran, buah-buahan yang sangat diperlukan untuk memenuhi rantai pemakanan yang sihat. Penulis yakin, tidak sedikit rakyat sedang berhadapan seperti mana yang dihadapi penulis. 

Benar lah pendapat mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak yang beliau tulis menerusi facebook beliau dua hari lalu, ada lah suatu keperluan bagi kerajaan menambah bantuan tunai kepada rakyat di bawah kumpulan B40 khususnya, jika kerajaan melanjutkan PKP. 

Kini, PKP sudah dilanjutkan untuk fasa ke-4 sehingga 12 Mei. Kerajaan belum lagi mengumumkan bantuan tunai, walaupun akan memberi kelonggaran kepada aktiviti ekonomi. Kelonggaran itu, tidak meliputi mereka yang bekerja sendiri, seperti penjaja. 

Sebenarnya, usaha memutuskan rantai COVID-19 di negara ini adalah kerjasama semua pihak termasuk rakyat yang patuh kepada PKP. Tanpa pematuhan kepada PKP, adalah mustahil, barisan hadapan boleh mengekang transmisi virus pembunuh itu di negara kita. 

Dalam situasi sekarang, adalah tanggungjawab kerajaan untuk terus membantu rakyat, agar dapur terus berasap. 

Khususnya rakyat Sabah yang tidak mendapat perhatian daripada Kerajaan Sabah, adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan mengisi kelompangan tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Mulia Hati Ustaz Ebit Lew, moga dapat teruskan aktiviti amal - Najib Razak

(Psstt.!! Najib dah komen pasal Ebiet Liew Atok tak nak komen ka.!?)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.

Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 40,000 tanda suka dan 1,200 perkongsian.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersimpati dengan luahan ustaz Ebit Lew setelah pendakwah terkenal itu tidak akan meneruskan usahanya dalam membantu golongan susah.

Menerusi laman Facebook, Najib berkongsi keratan berita mengenai pendakwah tersebut sehingga menerima lebih 76,000 tanda suka dan 2300 perkongsian.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, perjuangan dan hati Ebit disifatkan mulia kerana sering tampil membantu golongan yang hidup dalam serba kekurangan.

Najib turut berharap agar pendakwah keturunan Cina berkenaan dapat meneruskan aktiviti amal itu dan kebaikannya hanya mampu dibalas oleh Allah SWT.


Mmmm mintak Atok komen pulak...

Unknown said...

Saya ingin meminta bantuan kewangan tlg lah bantu saya CIMB bank 7629822224

mikanik kampung said...

KAMI atau saya yang kerja sendiri sebagai mikanik kampungan yang tiada pembantu/lesen/kedai seperti orang lain yang serba lengkap juga terjejas kurang pendapatan/hilang punca pendapatan.bagaimana pihak tertentu untuk membantu SAYA atau kami yang juga terjejas. Khabar cerita yang saya dengar ada step by step yang layak dapat bantuan seperti yang kerja tapi di beehentikan atau cuti jangka masa yang lama.saya memohon maaf jika khabar saya dengar tidak tepat kerana saya dengar hanya melalui cerita,luahan sekeliling. Sekali lagi saya memohon maaf..saya juga ada anak/isteri dalam tanggungan saya dan sebagainya.mohon maaf lagi kalau khabar yang saya dengar tidak tepat dan dapat saluran bantuan yang betul.dengar khabar cerita sekeliling seolah olah saya yang kerja sendiri tanpa lesen,nama kedai tidak makan seperti lain yang serba lengkap.kalau ada yang ikhlas untuk bagi bantuan cara ikhlas di alukan juga..
Maybank 160269057922
SEKIAN mohon maaf jika salah
"Tak kira kita siapa tetap makan bila berasa lapar"

Unknown said...

Salam utk smua saya hanya ingin tahu adakah layak menerima jika org iru pernah menerima fasa pertama adakah ia layak menerima lagi utk fasa 2?harap bagi jawapan...

Blog Archive