Thursday, August 29, 2019

KADAR KEMISKINAN SABAH AKAN MENINGKAT

Tahun-tahun sebelum 2018, kadar pertumbuhan ekonomi negeri Sabah purata pada 8 peratus setahun. Sebagai impak kepada pertumbuhan itu, maka menyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan negeri. Tahun 2016, kadar kemiskinan negeri adalah 2.9%, pun demikian, Sabah menduduki tempat ke tiga negeri yang mempunyai ramai miskin selepas Kelantan dan Sarawak.

Pada tahun 2018, kadar pertumbuhan ekonomi negeri menguncup kepada 1.5%, berbanding 8% pada tahun 2017. Penurunan itu adalah sumbangan penguncupan ekport negeri daripada 8.7% kepada 2.2%, selain sumbangan sektor pertanian yang berkadar negatif (-0.3%) pada tahun 2018 berbanding 4.6% tahun sebelumnya.

Melihat kepada trend seperti mana laporan Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2019, nampaknya kadar kemiskinan Sabah akan meningkat.

Sabah pernah mencatat kadar kemiskinan sehingga 38% sebelum tahun 1994, dan selepas itu menurun kepada 19.7% pada tahun 2009, dan seterusnya secara perlahan-lahan menurun, kerana impak kepada Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah yang diperkenalkan pada tahun 2003.

Memandangkan Sabah, selepas pertukaran kerajaan selepas PRU-14, belum mempunyai halatuju yang jelas, sehinggakan berimpak kepada pembangunan & kemajuan Sabah, seperti mana ditunjukan oleh penguncupan pertumbuhan ekonomi negeri, nampaknya pertambahan rakyat miskin sukar dibendung, apa tah lagi, berhadapan dengan kenaikan sara hidup yang semakin hari semakin menigkat, kadar pengangguran yang juga meningkat. Penyebab kepada keadaan ini, kerana ketiadaan pengerak utama dalam sektor perekonomian, kerana enjin perekonomian negeri untuk sementara hanya bergantung kepada sektor pelancongan.

Jika Sabah mahu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, maka perlu mencari aktiviti ekonomi baru, untuk mengambil alih sektor perladangan dan pertanian yang mengalami penguncupan, akibat kejatuhan harga komoditi keluran sektor tersebut.

No comments:

Blog Archive