Wednesday, June 12, 2019

TOYOL-TOYOL POLITIK BERMUNCULAN

Siapa Mereka ini?
Daripada 25 Bahagian Penaja PPBM Sabah, tiada seorangpun yang mengenali mereka ini. Sila baca pengakuan toyol-toyol politik itu DISINI

Sebagai catitan sebelum 12 Disember,2018, tiada ura-ura PPBM akan mengembangkan sayapnya ke Sabah. Malah semasa berhadapan PRU-14, parti pimpinan Tun Dr Mahathir itu secara jelas hanya menumpukan aktivitinya di Semenanjung.

Di Sabah dan Sarawak semasa PRU-14 parti itu tidak mengambil bahagian.

Ura-ura kemasukan PPBM ke Sabah timbul selepas semua ADUN dan MP Umno kecuali Adun Sungai Sibuga dan MP Kinabatangan berserta beberapa ketua bahagian Umno dan 2 senator daripada parti keluar beramai-ramai untuk menjadi bebas pada 12 Disember 2018.

Selepas kejadian pada 12-12-2018, maka baru timbul ura-ura kemasukan PPBM ke Sabah kerana atas permintaan para pemimpin bebas Sabah.

Kalau lah dikira, siapa penggerak awal kemasukkan parti pimpinan Tun Dr Mahathir tersebut ke Sabah tidak lain dan tidak bukan adalah para ADUN, MP dan mantan-mantan Ketua Bahagian Umno Sabah.

Hakikat perlu diterima sebelum jemputan yang dibuat oleh para pemimpin bebas Sabah supaya PPBM mengembangkan sayap ke Sabah, tiada sesiapa yang diberikan hak atau kuasa atau kebenaran oleh pucuk pimpinan PPBM sebagai pengerak kemasukkan parti itu ke Sabah.

PPBM Sabah hanya dilancarkan pada 6 April 2019, di Penampang Sabah oleh Tun Dr Mahathir dan pada Majlis yang sama Perdana Menteri ke-7 itu mengumumkan Datuk Hajiji Haji Noor ADUN Sulaman sebagai Pengerusi Penaja bagi Negeri Sabah.

Sementara pelantikan 25 Ketua Bahagian Penaja secara rasmi menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Pengerusi parti itu pada 15 Mei,2019.

Melihat rentetan masa, tidak timbul atau tidak berbangkit adanya penggerak kemasukkan awal PPBM ke Sabah, kerana sebelum itu, pimpinan Parti Warisan berusaha bersungguh-sungguh menghalang kemasukkan komponen Pakatan Harapan itu ke Sabah.

Kalau melihat dakwaan para toyol politik itu, kononnya penyertaan mereka ke parti Warisan Sabah kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Hajiji, adalah sesuatu yang pelik, kerana parti Warisan lah daripada awal mencuba menghalang kemasukkan parti itu ke Sabah. Bagai mana mereka menjadi penggerak awal kemasukkan? sedangkan parti yang disertai mereka adalah penghalang utama pengembangan parti itu ke Sabah!!!.

No comments:

Blog Archive