Tuesday, April 02, 2019

MOTIF PPBM MASUK SABAH

MOTIF PPBM mengembangkan sayapnya ke Sabah akan lebih jelas menerusi ucapan Perasmian Tun Dr Mahathir pada 6 April,2019.

Memang sepintas lalu, Pengerusi PPBM itu pada 15 Februari semasa mengumumkan keputusan parti itu mengembangkan sayap ke Sabah kerana ramai rakyat Sabah memohon menyertai parti itu termasuklah mantan-mantan wakil rakyat dan pemimpin Umno.

Pada 6 April akan lebih terang dan pasti, apa kah kehadiran parti itu di Sabah, hanya parti yang bertindak menyokong parti Warisan Sabah dan 3 komponen PH lain, iaitu DAP, PKR dan Amanah?

Jika itulah motif parti itu, maka inya tidak akan berhayat panjang, kerana akhirnya akan ditelan oleh parti-parti yang disokong itu.

Namun, jika parti itu mahu Sabah sebahagian daripada kekuatan, maka ianya memerlukan pemimpin yang kuat. Pemimpin yang kuat merupakan aset sesebuah parti. Pemimpin yang kuat dicerminkan oleh jumlah pengikut dan peminat.

Berasaskan latar belakang penduduk Sabah, biasanya pemimpin yang kuat itu mewakili segmen tertentu rakyat Sabah yang berbilang kaum itu.

Jika PPBM gagal membawa bersama para pemimpin yang mewakili kumpulan besar penduduk Sabah, maka perjalanan parti itu tidak akan ke mana-mana, meskipun parti itu merupakan parti pribumi.

Tun Dr Mahathir, sangat arif berkaitan politik Sabah. Perdana Menteri itu, tahu mana intan mana kaca. 

Seorang pemimpin dan negarawan, seperti Tun Dr Mahathir, tidak akan mengorbankan masa depan dan sokongan kepada parti, kerana rekod-rekod silam. Beliau telah buktikan, bahawa rekod silam, hanya merupakan catitan sejarah, apabila beliau bersama-sama musuh politik beliau berpakat menerusi Pakatan Harapan.

No comments:

Blog Archive