Sunday, April 21, 2019

KERAJAAN SABAH SEKARANG PERLU CONTOHI PELAN HALATUJU KERAJAAN LALU

PELAN Halatuju Pembangunan dan Kemajuan Sabah yang diperkenalkan KERAJAAN lalu pada tahun 2003, telah menjana limpahan ekonomi, meningkatkan hasil negeri dan merancakkan pembangunan, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat, dan kini diwarisi kerajaan Sabah yang diterajui Shafie.

Pelan induk atau Agenda Pembangunan Negeri yang dirangka sebaik sahaja Datuk Musa Aman (kini Tan Sri) menerajui kerajaan negeri itu merangkumi sektor teras yang mempunyai daya saing signifikan iaitu pelancongan, pertanian dan pembuatan serta pembangunan modal insan.

Penulis ingin memetik ucapan Musa semasa melancarkan Halatuju Sabah "Selepas memperkenalkan Halatuju, kita sedar perlu berhenti daripada bergantung sepenuhnya kepada hasil kayu balak sebagai sumber utama ekonomi dan mencari alternatif lain.

Selepas 15 tahun menerusi salah satu ucapan Musa antara lain- 

"Memandangkan Sabah dikurniakan keindahan alam semula jadi dan kaya khazanah budaya, kita jadikan pelancongan antara sektor dalam Halatuju yang hari ini menjana limpahan ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan perniagaan di seluruh negeri.

"Sektor perkhidmatan didorong industri pelancongan membuktikan daya tahannya walaupun berdepan pelbagai cabaran. Sepanjang Januari hingga November lalu, seramai 3.3 juta pelancong melawat Sabah, peningkatan 7.8 peratus berbanding tempoh sama tahun 2016," 

"Sabah juga dikurniakan tanah luas dan subur serta iklim sesuai untuk sektor pertanian yang menjadi pemangkin ekonomi dalam menjayakan Halatuju, banyak boleh dimanfaatkan melalui aktiviti pertanian, ternakan dan akuakultur., seperti Pusat Ternakan Bersepadu di Keningau (KILC) ditubuhkan dan menghidupkan semula Desa Cattle di Kundasang yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat luar bandar serta meningkatkan sosioekonomi setempat"

"Sabah juga adalah pengeluar terbesar Minyak Sawit Mentah (CPO). Dari segi pendapatan, cukai jualan CPO penyumbang kedua terbesar kepada tabung negeri dengan purata RM800 juta hingga RM1 bilion.

"Kerajaan juga melaksanakan usaha berterusan membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas untuk pelabur. Ini terbukti dengan pembinaan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah, Projek Amonia dan Urea Sabah (SAMUR) serta lain-lain projek berkaitan.

"Rancangan ekonomi di bawah Halatuju adalah sejajar Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kita gembira program ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada Sabah," 

"Dalam industri minyak dan gas, beliau turut berkongsi kejayaan negeri dalam projek petroleum huluan apabila mendapat 25 peratus ekuiti melalui tiga kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Sabah"

"Antaranya, konsortium Sapura Kencana Energy Sabah Incorporated, M3nergy Berhad dan Petronas Carigali Sdn Bhd untuk Blok SB330, SB331 dan SB332 di kawasan daratan".

No comments:

Blog Archive