Tuesday, March 05, 2019

UMNO-PAS: BUKAN BERGABUNG TETAPI BERPADU

SETAKAT ini tidak timbul simbol atau logo baharu, kerjasama antara Umno dan Pas, kerana 2 parti itu bukannya bergabung akan tetapi berpadu.

Untuk sementara waktu, kerjasama atau berpadu dalam peringkat Parlimen dan PRK, kerana jika dipanjangkan di peringkat Dun, maka akan berlaku perubahan kerajaan di peringkat negeri.

Pada hari ini (Selasa-5 Mac-2019), secara rasmi Umno dan Pas telah berpadu. Titik bersejarah ini, akan terus mengorak langkah ke depan, sehinggakan mencapai kejayaan.

Umno dan Pas, bukan sahaja pembela kepada umat melayu dan islam, akan tetapi pelidung kepada suku bangsa lain.

Sebagai dua parti terbesar kaum melayu, melihat keharmonian antara kaum di negara adalah perkara pokok, kerana itulah kekuatan negara sejak merdeka.

Dua parti itu perlu bangkit bagi membendung permusuhan kaum dan agama, kerana gejala itu sedang berlaku, sejak kaum melayu kehilangan kuasa di tanah air sendiri.

Saban hari, di dapati di media-media sosial, rakyat bukan islam, menunjukkan kekurang ajaran mereka bukan sahaja terhadap melayu akan tetapi menghina Nabi Muhammad SAW dan agama islam.

Kaum melayu tiada pilihan lain, melainkan menyokong kerjasama Umno dan Pas, untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU-15 akan datang.

No comments:

Blog Archive