Sunday, December 23, 2018

PERUNTUKAN UNTUK SABAH: IMPAK PEMIMPIN LEMAH

Apabila pemimpin negeri lemah, maka impaknya kepada negeri dan rakyatnya. 

24 tahun yang lalu, termasuk 15 tahun era Tan Sri Musa Aman setiap pemimpin Sabah berjuang untuk menambah peruntukan untuk pembangunan dan kemajuan Sabah. Impak kepada perjuangan itu, maka sepatutnya tahun depan 56 projek berimpak kepada aktivti ekonomi Sabah dan rakyatnya bernilai RM5.7bilion bakal dilaksanakan, namun akibat pemimpin Sabah yang lemah, maka projek-projek itu dibatalkan (caption).

Rakyat Sabah akan sentiasa mengingati bagaimana Sabah membangun pada era kerajaan barisan Nasional, khususnya 15 tahun terakhir sebelum 12 Mei, 2018.

Kerajaan Bn Sabah sebenarnya telah mewarisi kadar kemiskinan yang cukup tinggi dan negeri yang hampir muflis apabila mengambil alih kerajaan pada tahun 1994. Berbeza dengan kerajaan Parti Warisan Sabah yang mewarisi sebuah negeri yang sedang maju bersama dengan simpanan kewangan negeri yang hampir RM4bilion.

Kerajaan Bn juga mewarisi kawasan hutan hanya berkeluasan 838ribu hektar, namun kerajaan Sabah hari ini mewarisi 1.87juta hektar kawasan hutan.

Dengan dibatalkannya projek bernilai RM5.7bilion, maka aktiviti ekonomi Sabah bukan sahaja menjadi perlahan, akan tetapi menunju kelembaban, dan akhirnya kembali di era semasa Bn mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1994.

Kerajaan Sabah yang bukan merupakan sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Harapan, nampaknya, tidak mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Persekutuan, dan fakta-fakta itu terlihat bagaimana projek-projek untuk Sabah dengan mudah dibatalkan, hasil cukai tidak dikembalikan, malah hasil minyak masih kekal dengan kadar bayaran sebelum ini.

Nampaknya, rakyat Sabah akan menderita, sekiranya tiada perubahan terhadap kepimpinan negeri.

No comments:

Post a Comment