Saturday, October 06, 2018

TAN SRI MUSA MEMANGPUN KETUA MENTERI SAH SABAH

Perlantikan Tan Sri Musa Aman pada 10 Mei, 2018 mengikut Perlembagaan Negeri Sabah.

Latar belakang kepada perlantikan Musa itu, apabila keputusan PRU-14 Bn mempunyai 29 kerusi berbanding Warisan 21, DAP 6 PKR 2 dan STAR 2.

Musa dan Bn mendapat majoriti mudah apabila STAR berkerjasama membentuk kerajaan negeri.

26 Oktober, 2018 Mahkamah Kota Kinabalu akan memutuskan siapa Ketua Menteri Sabah yang sah, berikutan perlantikan Datuk Shafie Apdal pada jawatan yang sama pada 12 Mei, kuranf 48 jam selepas Musa dan kabinet mengangkat sumpah jawatan.

Angkat sumpah Musa di hadapan TYT Sabah pada malam 10 Mei, disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak- Tan Sri Richard Malanjun, Peguam Negeri- Datuk Rose Pandin, kenamaan lain baik daripada Negeri dan Persekutuan.

26 Oktober adalah masa yang ditunggu-tunggu, apa kah Perlembagaan Negeri dihormati.

Selama 6 bulan, Sabah diperintah oleh Ketua Menteri bersama kabinet beliau yang tidak sah. Keadaan ini menjadi bahan kajian ilmiah bagi mereka yang belajar undang-undang, juga kejadian ini menjadi bahan buku-buku politik Sabah.

Jika pada 26 Oktober, mahkamah memutuskan bahawa Shafie adalah Ketua Menteri Sabah yang sah, maka berulang lagi, bahawa kerajaan Sabah diperintah oleh para wakil rakyat KATAK.

Tahun 1994 Kerajaan Sabah diperintah oleh Kerajaan Katak, apabila dua ADUN PBS berpaling tadah, menyebabkan PBS yang mempunyai 25 kerusi daripada 48 kerusi DUN Sabah, kehilangan majoriti mudah. Bezanya, dengan situasi Musa lawan Shafie, Tan Sri Pairin Ktingan telah meletakkan jawatan sebelum perlantikan Ketua Menteri yang baru, manakala pada keadaan Musa-Shafie, Musa masih Ketua Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau Shafie KM/Exco n Kerajaan tak ssh, kena pulangkan gaji masing2 (utk 6 bulan). Rasa2 Mahkamah akan sahkan Shafie KM Sabah...Msia baru...Ketua Hakim pun baru...apa tak percaya? Tunggulah...26.10.2018

Blog Archive