Wednesday, October 03, 2018

PRK PORT DICKSON: PEMACU KEHANCURAN KERAJAAN PAKATAN

Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku. Ada lah benar, Datuk Seri Anwar adalah Presiden elect PKR dan seterusnya parti itu merupakan tunjang kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

Secara blok dalam PH, PKR mempunyai 51 kerusi berbanding DAP 42, PPBM 13 dan Amanah 11. Namun jangan lupa "feud" antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir bermula pada tahun 1998.

Kerjasama Anwar dan Mahathir hanya mahu menumbangkan kerajaan yang diterajui Najib. Kini, tujuan itu tercapai. Agenda seterusnya, adalah Anwar mesti jadi Perdana Menteri.

Menurut perjanjian dalam PH, bahawa Mahathir hanya diberi tempoh 2 tahun sebagai PM-7, kemudiannya menyerahkan jawatan kepada Anwar untuk dilantik sebagai PM-8.

Kata versi orang Sabah.. Anwar bah itu. Anwar mempunyai rekod yang panjang sentiasa menikam daripada belakang. Semasa beliau menjadi Ketua Pemuda Umno, juga menerusi tikam belakang, demikian juga semasa menjadi Timbalan Presiden parti itu juga menggunakan kaedah yang sama.

Pemecatan beliau pada tahun 1998, kerana berhubung kait dengan tindakan beliau di belakang layar menjatuhkan Tun Dr Mahathir.

Kini terdapat gerakan menghalang Anwar menjadi PM ke-8 sebelum PRU-15. Gerakan itu sama dengan taktik beliau, iaitu menikam daripada belakang.

Betul PKR ada 51 ahli parlimen, namun dikatakan, hanya 23 berpihak kepada Anwar, bakinya kepada kumpulan kartel yang diketuai Azmin. Azmin adalah proxi Tun Dr Mahathir dalam PKR.

Gabungan Tun Dr Mahathir-Lim Kit Siang- Azmin- Mat Sabu, serta Shafie- mewakili 102 daripada 222 kerusi parlimen, kurang 10 daripada majoriti mudah 112. Makna kata, sebaik sahaja Anwar masuk parlimen, akan terbentuk kerajaan baru, dengan syarat, Mahathir enggan memberi laluan. Jika PM-7 itu memberi laluan, maka PH remain intake.

Jika kerajaan baru dibentuk, maka sudah tentunya melibatkan Umno yang mempunyai 49 kerusi parlimen, Pas-18, PGS-19 dan GBS-9 yang berjumlah 118, lebih 6 kerusi bagi majoriti mudah.

Dalam kerajaan baru ini, meskipun Umno terang-terang semasa PAU 2018, tidak mahu menjadi penumpang dalam kerajaan yang dibentuk, namun kaedah yang digunapakai Mahathir dalam PH sekarang, walaupun PM daripada parti yang kecil, namun yang mencatur kerajaan adalah DAP., akan menjadi pertimbangan Umno menyertai kerajaan yang dibentuk Anwar.

Sejauh mana impak PRK Port Dickson kepada keuntuhan PH, kita tunggu persidangan Dewan Rakyat November depan.

3 comments:

Anonymous said...

Dah boleh dah senaraikan wishlist untuk diserahkan kepada Anwar. Harap2 dapat buka semula kes rasuah banglo murah LGE?

Anonymous said...

Orang yang sama, pasukan yang sama, hakim juga yang sama yang akan membincangkan kes LGE dimahkamah nanti, layman jangkakan sudah tentu lah keputusannya juga adalah sama... Alahai labu! Susah sangat ke?

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

TUN M tidk semudah lepaskan jawatan PM itu kpda Anwar.

Paling tidk Tun M serahkuasa kpda Timbln PM jadi PM. Dan Dtk Mukhriz jadi timbln PM.

Anwar skali lagi tidk jadi PM ke 8.

Blog Archive