Thursday, September 27, 2018

TUN DR MAHATHIR PUNCA UMNO KEHILANGAN KUASA

Gerakan di belakang tabir sedang berlaku antara sebahagian pemimpin Umno dengan Tun Dr Mahathir. 

Perjumpaan pemimpin Umno dengan Tun Dr Mahathir, secara terang-terangan dilakukan sendiri oleh Presiden Umno dan mantan Naib Presiden- Datuk Hishamuddin Hussien.

Malah kenyataan MP Baling- Datuk Azeez Rahim selepas ditahan reman dengan berbaju lokap SPRM, menyatakan jika beliau keluar Umno sebelum beliau ditahan, maka tidak akan memakai baju oren dan digari. Kenyataan itu membawa erti bahawa para wakil rakyat Umno sedang dipancing keluar parti, diiringi berbagai tekanan.

Untuk rekod selepas PRU-14, bagi peringkat wakil Parlimen, telah 5 MP Umno telah keluar daripada parti, 4 daripada nya membuat alasan bahawa parti tiada masa depan lagi, dan seorang lagi kerana kecewa perjuangan beliau bersama parti gagal dilaksana.

Pada PRU-14, Umno hanya menang 54 kerusi parlimen, termasuk 8 daripada Sabah dan WP Labuan. Sebelum PRU-14, parti itu diwakili 88 ahli parlimen daripada 133 yang dikuasai Bn di Dewan Rakyat.

Keputusan PRU-14, Bn hanya menang 79 kerusi, terrmasuk 19 sumbangan Bn Sarawak.

Pemimpin Umno kena mengambil iktibar, kerana Tun Dr Mahathir yang menubuhkan PPBM kemudian bergabung dengan DAP, PKR dan Amanah serta berkolaborasi dengan Parti warisan Sabah, menyebabkan parti kehilangan kuasa, termasuk kehilangan 34 kerusi tradisi parti itu di kawasan-kawasan Felda.

Betul para pemimpin parti mengerakkan satu permainan politik aras tinggi melalui penggunaan ala James Bond, tujuannya, agar parti menjadi sebahagian daripada kerajaan semula. Namun, gerakan seumpama itu tidak mendapat restu daripada akar umbi, kerana ramai yang tidak sanggup bertuankan Tun Dr Mahathir semula.

Ramai rakyat melihat, seburuk-buruk Datuk Seri Anwar Ibrahim, buruk lagi Tun Dr Mahathir. 

Para pemimpin Umno kena ambil maklum, bahawa penolakan kepada Umno dan Bn pada PRU-14, bukan kerana muak kepada parti dan Bn secara total, tetapi hanya faktor persepsi yang dikaitkan dengan Dato Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor yang gagal diurus dengan betul.

Isu 1MDB serta dana RM2.6bilion yang begitu panas diperkatakan masa itu, tidak diurus dengan baik oleh para pemimpin Umno, malah pemimpin yang cuba membantu berkaitan isu-isu itu menjadi mangsa. 

Penulis masa itu, kerap menulis, penafian isu berkaitan 1MDB dan dana RM2.6bilion, seperti mana burung unta menyorokkan kepalanya ke dalam pasir, memikirkan sudah selamat, sedang badan yang besar terlondeh.

Penulis sebagai penyokong tegar, hanya penyokong yang tidak mendapat habuan secara langsung, tetapi merasai nikmat kerajaan yang ditunjangi parti, daripada segi peluang anak-anak belajar, keamanan, pembangunan dan kemajuan, kini menjadi mangsa serta merta oleh kerajaan hari ini. Kerajaan hari ini, adalah kerajaan yang penuh dengan dendam kesumat, pilih kasih selain tidak bertanggungjawab.

Penulis, secara peribadi, tidak dapat menerima, jika berlaku persengkongkolan antara para pemimpin Umno dengan Tun Dr Mahathir, kerana penulis sendiri merasakan betapa liciknya PM-7 itu semasa memperintah 22 tahun, Sabah bukan sahaja dianak tirikan, malah menjadi negeri termiskin, walaupun menjadi kilang duit menerusi hasil minyak dan gas serta perlandangan kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment