Thursday, September 27, 2018

PARTI BERSATU NEGERI SEMBILAN DIBUBAR SERTA MERTA

Rakyat negara ini, perlu menjadi pengadil, parti yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ke-7 menghadapi masalah dalaman luarbiasa, sehinggakan kepimpinan sebuah negeri terpaksa dibubarkan serta merta.

Tan Sri Muhiyiddin Yassin- Presiden PPBM mengumumkan pembubaran PPBM Negeri Sembilan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu pada Khamis.

Pembubaran parti itu di negeri Sembilan bukan sahaja melibatkan cabang-cabang dan cawangan, malah termasuk sayap pemuda dan srikandi.

PPBM sebahagian daripada Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP, dianggotai PKR dan Amanah, di Sabah berkolaborasi dengan Parti Warisan Sabah.

Walaupun parti itu menang kedua terkecil daripada segi jumlah kerusi Parlimen atau ADUN, akan tetapi Perdana Menteri dan beberapa Menteri Besar dilantik daripada parti itu, dan yang paling ketara di Kedah dan Perak.

Bagi mana kah sebuah parti yang bermasalah boleh membela rakyat, boleh membangun dan memajukan negara?

Rakyat yang mengundi parti itu dan parti-parti sekutunya pada PRU-14, bermula daripada sekarang perlu bermuasabah diri, selain melihat situasi yang berlaku dalam parti itu, juga melihat bagai mana mereka menipu rakyat, apabila enggan menunaikan janji-janji manifesto pilihanraya mereka.

Nampaknya, rakyat di negara ini diperintah oleh parti yang penuh dengan masalah, makna kata, tiada yang boleh diharapkan daripadanya. Jika ikut istilah komputer- Masuk Sampah Keluar Sampah.

No comments:

Post a Comment