Rupanya keputusan Umno/Bn TIDAK bertanding di PRK Port Dickson, bukanlah keputusan yang disokong sebulat suara, sebaliknya menjadi kritikan kepada parti.
Mantan Naib Presiden Umno- Datuk Hishamuddin Hussien, yang kecut telor selepas PRU-14, sehinggakan tidak bertanding sebarang jawatan parti, kecuali mempertahankan Ketua Bahagian Sembrong, mempersoalkan keputusan tidak bertanding pada PRK itu dan dikaitkan dengan halatuju parti.
Sebenarnya hala tuju tidak sepatutnya terletak kepada keputusan terpencil, seperti tidak bertanding pada sesebuah PRK. Di atas kertas, keputusan PRK itu tidak membawa apa-apa makna, tiada impak dan tidak relevan kepada Umno atau Bn, sesuai dengan senario politik semasa.
Umno belum pulih daripada kecederaan sebagai impak kepada PRU-14, pun demikian cuba juga bertanding pada PRK Sungai Kandis, kecundang, membantu Pas di PRK Seri Setia tidak juga berjaya, membantu MCA di PRK Balakong, hampir-hampir calon parti itu hilang deposit.
Apa kah tidak cukup bagi Mantan Naib Presiden itu menilai bagai mana parahnya kecederaan parti Umno?
Parlimen Port Dickson atau dulu dikenali sebagai Telok Kemang, tiada sejarah pernah ditandingi Umno.
Semasa Bn pun berkuasa, bermula pada PRU 2008, sehingga PRU-14, kawasan itu terus dimenangi calon PKR. Apa kah Hishamuddin tidak melihat fakta itu?
Lupa kah beliau kepada startegi perang? berundur kebelakang bukan bermakna kalah!!!.
Jangan gunakan startegi menang sorak akan tetapi kampung tergadai. Perkara utama sekarang, sesuai dengan perkembangan politik pasca PRU-14, Umno kena mempebaiki parti daripada dalam, mempertautkan semua peringkat kepimpinan, kemudian itu bergerak sebagai satu pasukan kukuh, khususnya pada PRU-15.
PRK Port Dickson berlaku, kerana rancangan parti PKR untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat. Apa kah parlimen itu dikosongkan atau pun tidak tetap sahaja milik PKR, namun selepas dikosongkan, maka peluang pengundi kawasan itu lebih ke hadapan, kerana diwakili oleh bakal Perdana Menteri.
Hishamuddin atau pihak-pihak yang mengeritik langkah Umno/Bn tidak bertanding pada PRK kali ini, harus sedar, bahawa Umno dan Bn tidak mahu menjadi sebahagian yang bakal dikambing hitamkan oleh Pakatan Harapan, apabila Anwar kalah, maka tidak menjadi PM-8. Setidak-tidaknya Umno/Bn membantu PH menunaikan janji yang satu ini, selepas mereka gagal menunaikan kebanyakan janji dalam manifesto mereka.
Para pemimpin parti atau ahli, kena beringat, dalam satu pelayaran, kena akur kepada seorang kapten, jika ramai yang menjadi kapten, akhirnya pelayaran tidak sampai ke destinasi, sebaliknya karam di tengah lautan.
Para pemimpin Umno dalam keadaan sekarang perlu akur dengan keputusan parti, dan jika ada yang tidak dipersetujui bincang secara dalaman, jangan berulang lagi Rumah Siap Pahat Berbunyi!!!!.
Anda benar.... biarlah kapten kapal membuat keputusan.... apa2 hal berkata2lag secara dalaman.... pun garus kekal menyokong kapten. Itulah ramuannya selama ini.
ReplyDelete