Friday, September 28, 2018

PRK PORT DICKSON: ISA SAMAD JADI TROJAN HORSE!!!

Awal minggu ini, tajuk tulisan saya "PRK PD Bukan Laluan Mudah Bagi Anwar" mula tersingkap, apabila Tan Sri Isa Samad akan masuk gelangang sebagai calon bebas. 

Walaupun calon bebas, kehadiran Isa merupakan trojan horse yang dikirim oleh tangan ghaib sebagai halangan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika Anwar kalah, maka ianya boleh menjadi 1001 alasan untuk beliau dinafikan sebagai calon Perdana Menteri.

Benar lah kata Anwar, beliau kini sedang berhadapan pengkhiantan dalam Pakatan Harapan.

Isa, merupakan mantan Ketua Bahagian Umno Telok Kemang (Port Dickson), selain itu pernah menjadi ADUN Bagan Pinang, salah satu DUN di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau merupakan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan yang paling lama. 

Sejauh mana trojan horse  boleh menghalang kemenangan Anwar? 13 Oktober hari pembuangan undi menentukan segala-galanya.




No comments:

Post a Comment