Friday, September 28, 2018

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH- 26 OKTOBER SEDANG DITUNGGU!!!

Sementara para perwakilan Umno seluruh negara sedang berkumpul di PWTC, rakyat Sabah pula sedang menunggu 26 Oktober, kerana tarikh itu akan ditentukan, samada Tan Sri Musa Aman atau Datuk Shafie Apdal Ketua Menteri Sah Sabah.

Sehingga menjelangnya tarikh itu, maka berbagai ramalan, ulasan, baik di media arus perdana, media sosial, malahan kedai-kedai kopi.

Kemelut dua Ketua Menteri, julang kalinya berlaku di Sabah.

Sebagai impak kepada kemelut itu, Sabah telah mencatit sejarah tersendiri, di mana terdapatnya Ketua Menteri TIADA KUASA dan BERKUASA.

Kemelut dua Ketua Menteri Sabah- terjadi apabila berlaku dua Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan kurang 48 jam antara satu sama lain.

Tan Sri Musa Aman bersama 30 ADUN daripada 60 ADUN Sabah telah membentuk kerajaan selepas PRU-14, kerana mempunyai majoriti mudah (31 ADUN) dan seterusnya Ketua Menteri dan kabinet mengangkat sumpah pada 10 Mei.

Pada 12 Mei, Datuk Shafie Apdal membaca watikah perlantikan Ketua Menteri, kerana akibat perbuatan khianat 4 ADUN Umno dan 2 ADUN UPKO.

Sejam sebelum Shafie membaca watikah perlantikan, Musa telah mengeluarkan kenyataan akhbar, bahawa beliau dan kabinet beliau masih kerajaan yang sah, kerana tiada seorang anggota kabinet telah meletakkan jawatan.

Berdasarkan Perlembagaan Sabah, jawatan Ketua Menteri hanya terlucut melalui kematian, letak jawatan atau kehilangan sokongan ADUN (undi tidak percaya) semasa DUN sedang bersidang.

Seperti mana fakta  3 faktor menyebabkan jawatan Ketua Menteri terlucut, belum berlaku.

Bagi rakyat Sabah menunggu 26 Oktober adalah untuk membuktikan apa kah Mahkamah membuat keputusan berasaskan Perlembagaan Negeri, kerana jika keputusan berdasarkan di luar konteks Perlembagaan, maka impaknya terlalu besar terhadap perlembagaan itu sendiri.

Jika berlaku keputusan mahkamah di luar konteks Perlembagaan Negeri, maka perlembagaan Sabah bertukar kepada Rule Of Jungle.

No comments:

Post a Comment