Friday, September 28, 2018

SABAH: KERAJAAN SAH DINAFIKAN MEMERINTAH

Melucukan, apabila Datuk Shafie Apdal dalam satu temubual yang disiarkan TV3 pada malam Rabu, 26 September, tidak merasa bersalah mengaku bahawa parti Warisan Sabah dan sekutunya DAP dan PKR menang 42 DUN pada PRU-14.

Penulis tidak tahu niat Presiden Parti Warisan Sabah itu, apa kah bermaksud menafikan fakta atau kah mengelirukan rakyat.

Beliau terlepas pandang, mungkin atas sebab terlalu gairah kerana ditemubual sebagai Ketua Menteri Sabah, kerana jawatan itu merupakan impian utama beliau, maka fakta keputusan PRU-14 cuba beliau nafikan.

Umum mengetahui bahawa keputusan PRU-14 Sabah, parti pimpinan Shafie hanya ada 21 kerusi DUN, manakala parti sekutu parti itu DAP-6 dan PKR-2, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kurang 2 untuk mencapai majoriti mudah DUN Sabah yang mengandungi 60 DUN.

Di lain pihak, BN juga mempunyai 29 kerusi DUN dan parti kecil STAR pimpinan Datuk Dr Jeffery G Kitingan 2.

Hakikatnya, selepas PRU-14, DUN Sabah dalam keadaan tergantung, atas sebab tiada parti yang boleh membentuk kerajaan.

Selepas PRU-14, parti STAR tidak semena-mena menjadi PARTI PENENTU, pihak mana yang bakal membentuk kerajaan Negeri.

Meskipun pihak Shafie cuba mempengaruhi Jeffery untuk membentuk kerajaan, namun MP Keniangau itu memilih bekerjasama dengan BN membentuk kerajaaan yang dinamakan Kerajaan BN PLUS.

Ekoran kerjasama itu, maka pada 10 Mei, 2018, Ketua Menteri bersama kabinet beliau mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri Sabah, di hahadapan TYT Sabah, disaksikan oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Negeri dan dif-dif kenamaan daripada Negeri dan Persekutuan.

Namun, kurang daripada 24 jam selepas pembentukan Kerajaan, telah berlaku pengkhinatan 6 ADUN, 4 daripada Umno dan 2 UPKO, menyebabkan atas kertas kerajaan yang baru dibentuk, yang Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, secara teknikal kehilangan sokongan ADUN. Akibat kepada keadaan ini, TYT Sabah membenarkan Datuk Shafie Apdal mengangkat sumpah Ketua Menteri Sabah.

Sebagai impak tindakan TYT itu, maka berlakulah kemelut dua Ketua Menteri Sabah pada satu-satu masa, yang menjadikan tercatit dalam sejarah Sabah mungkin dunia. 

Oleh kerana kemelut itu, maka Ketua Menteri yang sah dirampas haknya, menjadikan beliau Ketua Menteri tanpa kuasa, manakala seorang lagi adalah Ketua Menteri yang ada kuasa.

26 Oktober, 2018 adalah masa penentuan, yang akan dibuat oleh Mahkamah Kota Kinabalu, siapakah Ketua Menteri yang sah Sabah berasaskan Perlembagaan Negeri.

No comments:

Post a Comment