Wednesday, September 26, 2018

PRK PORT DICKSON- BUKAN LALUAN MUDAH BAGI ANWAR

Di atas kertas, kemenangan di pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan Bn tidak menyertai PRK Port Dickson, walaupun ada ura-ura PAS akan bertanding.

Di atas kertas memang DSAI mempunyai peluang yang amat cerah untuk menang, namun, tidak semudah itu, memandangkan mainan di belakang beliau sedang berlaku yang mana para dalangnya selain Tun Dr Mahathir, juga para pemimpin DAP. Keadaan diburukan lagi oleh para pemimpin PKR sendiri khususnya daripada kumpulan kartel.

Hakikat perlu diterima, pada PRU-14 lalu, di Parlimen Batu, kerana Tian Chua hilang kelayakan sebagai calon, maka calon bebas yang tidak kenal yang disokong PH, menang dengan bergaya.

Menerusi PRK PD yang dikhaskan untuk Anwar oleh wakil rakyat PKR sendiri, tidak semulus sepertimana penyandang kawasan itu mengosongkan kawasan yang dimenanginya pada PRU-14 dengan majoriti yang cukup besar. Sebabnya? terdapatnya para pemimpin PKR daripada kumpulan kartel yang mempersoalkan cara pengosongan kawasan itu.

Di kalangan PKR sendiri, ramai yang tidak bersetuju, kerana mereka berpendapat sepatutnya salah seorang daripada keluarga Anwar, samada Wan Azizah atau Nurul Izzah yang wajar mengosongkan kerusi.

Tindakan yang paling ketara protes tidak langsung, apabila Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional hanya mementingkan kuasa, kerana tidak menyertai PRK itu. Tindakan itu cukup janggal, seharusnya Menteri Kewangan itu berterima kasih kepada Bn, kerana memberi peluang besar kepada DSAI menang.

Memang secara tersirat berlakunya gerakan menggagallkan DSAI menjadi PM-8. Peluang itu adalah menerusi kekalahan. Namun, apa yang terlepas pandang oleh gerakan itu, bahawa PKR mempunyai 46 lagi ahli parlimen, kecuali beberapa orang tidak bersedia mengosongkan kerusi untuk membolehkan Anwar bertanding, to the worst, masih ada kerusi Wan Azizah atau Nurul.

Para pemimpin PH, tiada jalan lain, walaupun ada di antara mereka tidak senang dengan langkah PD, mereka kena akur dengan keadaan.

PRK PD akan berlangsung pada 13 Oktober. Jika DSAI memang, maka beliau akan masuk Dewan Rakyat sempena sesi ke-2 Penggal ke-14 Parlimen.

Banyak mata tertumpu di PRK PD, kemudiannya pada sesi ke-2 Parlimen, kerana "eventuality" akan berlaku. Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

No comments:

Blog Archive