Sunday, January 28, 2018

DISEBALIK KEMPEN UNDI ROSAK



Kehadiran dua Pemimpin Ini Punca Kempen UNDI ROSAK
KALAULAH, daripada 15juta pengundi pada PRU-14, separuh adalah undi rosak, maka keadaan itu menunjukkan, bahawa ada benarnya pengundi negara tidak dapat menentukan parti mana pilihan mereka. Namun, jika hanya 1-2% daripada jumlah itu merupakan undi rosak, ianya bukan sesuatu yang luar biasa, kerana tanpa kempen sedemikianpun, memang setiap pilihan raya, terdapatnya sejumlah undi rosak.

Ada yang mengintreprastikan apabila jumlah undi rosak jauh lebih banyak daripada majoriti seseorang calon yang menang, maka calon yang menang itu, tidak mewakili rakyat sesebuah kawasan. Sebenarnya bukanlah demikian, jumlah undi undi rosak perlu dibanding dengan jumlah undi keseluruhan, bukannya pada jumlah majoriti.

Sistem pilihan raya negara mengguna pakai First Past The Post, ertinya, calon yang mempunyai undi terbanyak antara berbagai calon adalah pemenang, tidak kiralah undi yang diperolehi itu jauh lebih kecil berbanding undi rosak atau majoriti lebih kecil berbanding undi rosak.

Di negara ini, setiap pilian raya, masing-masing parti sebelum berdepan dengan PRU, telah memastikan jumlah undi yang bakal mereka perolehi melalui “head count”, kerana setiap parti mengetahui, jumlah pengundi yang tersenarai pada setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Pada setiap PDM ini, setiap parti mempunyai senarai kedudukan pengundi apa kah kategori PUTIH, KELABU atau HITAM untuk parti masing-masing.

Parti yang mempunyai jentera cukup atau kuat, pada kebiasaannya, sebelum pembuangan undi, iaitu semasa kempen, telah menemui secara bersemuka para pengundi yang terdaftar pada setiap PDM. Melalui pertemuan bersemuka itu, maka perai undi atau jurukempen, sudah tentu dapat memastikan, bahawa mereka yang turun mengundi dan memangkah, dipastikan memangkah parti pilihan.

Pengundi negara ini, dicap hanya turun mengundi untuk merosakkan undi, belum sampai ke tahap itu, kerana sifat rakyat negara ini, masih menebal dengan sifat tanggungjawab dan kebersamaan. Bukti itu, dapat dilihat, bagai mana rakyat negara ini, boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi, dalam soal-soal agama atau kemanusiaan, meskipun berlainan fahaman politik.

Bagi penulis kempen undi rosak hanya akan berlaku di kawasan-kawasan bandar, khusus bermajoriti kaum cina, kerana kaum itu merasa bosan dengan permainan parti-parti seperti DAP dan PKR yang telah mempermainkan mereka bermula pada PRU-12.

Undi rosak, akan berlaku di kawasan-kawasan yang dimenangi parti DAP dan PKR, kerana mereka itu, terpaksa merosakkan undi mereka, kerana tidak sudi mengundi parti lain selain dua parti itu.

Pengundi bandar yang telah memilih DAP atau PKR sejak PRU-12 dan kemudian pada PRU-13, merasa dijadikan batu loncatan untuk mendapat kuasa, akan tetapi tidak menunai janji yang mereka perjuangkan, khususnya berakitan rasuah atau salah guna kuasa, kerana kini terbukti, ramai sungguh di antara mereka itu terpalit salah guna kuasa, rasuah, malah pemimpin seperti Lim Guan Eng telah diihadapkan ke mahkamah.

Undi rosak tidak akan berlaku di kawasan luar bandar dan separuh bandar.

Adalah satu persepsi jika kempen undi rosak akan menjadi kenyataan. Jika sekiranya menjadi kenyataan, maka ternampak sangat pengaruh media alternative begitu besar sekali berbanding gerakan secara langsung oleh jentera parti, organ parti, dan media arus Perdana. Satu pertanyaan, sudah ke tahap itu kah kuasa media alternative?

Kenyataan-kenyataan daripada para pemimpin, termasuk Perdana Menteri berkaitan kempen undi rosak, sebenarnya, hanya satu pemberitahuan kepada pengundi, kalua-kalau ada yang terpengaruh dengan kempen itu.

Kempen undi rosak timbul, apabila Tun Dr Mahathir dipilih sebagai bakal Perdana Menteri ke-7 negara ini, jika pakatan parti lawan Bn menang dalam PRU-14. Jika dilihat scenario itu, maka mereka yang terkesan dengan kempen itu adalah para penyokong Pakatan Harapan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak dapat menerima seorang pemimpin yang mempunyai rekod lampau. Dalam pengertian mereka, menerima pemimpin lampau, seolah-olah negara bukan maju ke depan, sebaliknya mundur ke belakang.

Bagi penulis, jika benar-benar berlaku, undi rosak begitu banyak, maka ianya perlu menjadi pengajaran kepada pemimpin politik, bahawa mereka perlu “walk the talk” bukanya pemimpin yang suka sangat membuat puisingan U, seperti Lalang ikut tiupan angin.

Rakyat bukan bola, rakyat bukan alat mainan politik, untuk dijadikan alat mencapai agenda masing-masing. Rakyat adalah golongan yang perlu diperlihara hak mereka untuk berkongsi dengan kekayaan dan khazanah negara.

Jika ada rakyat negara ini, tidak dapat menentukan parti mana jadi pilihan pada PRU-14, dan perlu merosakan undi di kawasan-kawasan tertentu, maka laksanakan sahaja misi itu, supaya pemimpin parti yang menjadikan pengundi sebagai mainan mendapat pengajaran mengenainya. FIKIR-FIKITRKAN LAH.

No comments:

Blog Archive