Tuesday, February 26, 2013

Terkini: Tentera sulu di Lahad Datu: Tetap degil-tolak rayuan Presiden Aquino


SEPERTI kata Rajah Muda Agbimuddin Kiram " Masi sila magbigay ultimatum" "walaupun kata dua diberikan" kami tetap tidak berganjak di bumi Sabah, kerana negeri ini merupakan milik kesultanan dan jajahannya.

Sementera itu di Manila, jurucakap Sultan Kiram Abraham Idjiran dilaporkan berkata, Sultan Kiram sanggup ditahan pihak berkuasa Filipina, namun untuk menasihatkan pengikutnya meninggalkan Sabah, tidak akan dia lakukan.

Hari ini, Presiden Filipina Beningo S Aquino melalui kenyataannya mendesak agar Sultan Sulu itu mendesak  kumpulannya meninggalkan bumi Sabah.

Malam ini, tempoh yang diberikan pasukan keselamtan Malaysia berakhir, selepas memberi peluang untuk ke tiga kalinya.

AYT fikir, pasukan keselamatan Malaysia tiada pilihan lain, selain bertindak secara kententeraan untuk mengusir penceroboh yang berkampung di Kg Tanduo sejak malam selasa lalu.

Masyarakat antarabangsa tidak boleh lagi mengutuk kerajaan Malaysia, kerana segala usaha untuk mengelak pertumpahan darah gagal, ertinya pilihan adalah tindakan ketenteraan demi menjaga maruah negara.

No comments:

Blog Archive