Krisis politik di Pulau Pinang semakin panas apabila, kira-kira 200 penyokong Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy berhimpun di luar Hotel Pearl View Butterworth, pagi ini, bagi meluahkan sokongan mereka kepada pemimpin itu.
Pemimpin DAP Pulau Pinang dijadual berkumpul di hotel itu hari ini bagi konvensyen tahunan parti itu.
Ramasamy terbabit dengan pertelingkahan “bapa angkat - panglima perang” yang tercetus awal minggu ini apabila didakwa bertindak sebagai “panglima perang” dengan mengumumkan keputusan mengenai agihan beberapa kerusi parti itu.
Kumpulan yang sebahagian besarnya berbangsa India sejak jam 8 pagi tadi, membawa sepanduk dan melaungkan slogan membidas ADUN Seri Delima dan Batu Kawan - RSN Rayer dan A Thanasekharan - kerana menuntut Ramasamy menarik balik kenyataannya mengenai “bapa angkat” dan memohon maaf kepada pengerusi DAP, Karpal Singh.
Kumpulan yang mendakwa diri mereka pengundi di kawasan Nibong Tebal dan Batu Kawan itu, termasuk anggota NGO dari Hindraf dan Makkal Sakhti menjerit "Kami mahu Ramasamy" dan "Rayer adalah pemngkhianat masyarakat India".
Kedua-dua wakil rakyat itu juga dibidas berhubung kegagalan mempertahankan tanah penduduk Kampung Buah Pala dan didakwa kurang turun padang bagi membantu penduduk kampung.
Mereka mendakwa, sebaliknya, Ramasamy yang sering mendekati penduduk kampung dan memberikan bantuan yang sewajarnya.
Apabila Karpal tiba di lokasi, jeritan mereka semakin kuat. Dakwa mereka, Ramasamy, adalah antara pemimpin India yang terbaik di Pulau Pinang dan mesti dibiar meneruskan jawatannya.

No comments:
Post a Comment