Monday, January 17, 2011

Kematian Pramugari MAS di Amsterdam: Pastikan NO Cover UP

Mayat pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Chin Swee Len (34) akan tiba ke tanah air rabu ini. Suami mendiang pada masa ini sedang berada di Amsterdam Belanda untuk kepulangan mayat isterinya itu.

Swee Len berangkat ke Amsterdam pada 11 Januari lalu dan dijadualkan pulang ke tanah bersama penerbangan MH17 pada 14 Januari lalu.

Semasa di Amsterdam mendiang menginap di tingkat 4 Hotel Radisoon berdekatan lapangan terbang Schiphol Amsterdam.

Kehilangan Swee Len disedari krew MAS pada 14 Januari apabila mendiang gagal hadir pada sesi taklimat untuk penerbangan hari itu. Mayat swee Len dijumpai oleh pelanggan Hotel berkenaan di tempat letak kereta Hotel tersebut.

Yang menjadi peliknya, polis Amsterdam mengatakan tiada unsur jenayah mengenai kematian Swee len, sedangkan menurut rakan-rakan mendiang bilik di mana Swee Len menginap didapati diceroboh dan digelidah. Di dapati juga tingkap bilik mendiang terbuka.

Setakat ini belum ada maklum balas mengenai punca kematian Swee len, kerana suaminya pun yang kini sedang mengurus mayat isterinya meminta untuk tidak diganggu.

Sementara itu polis Malaysia sedang menunggu laporan terkini daripada polis Amsterdam mengenai kematian mendiang Swee Len.

Swee Len yang tinggal di Taman Oakland bersaa suami dan anak tunggalnya terbang ke Amsterdam pada hari selasa lalu.

No comments:

Blog Archive