Tuesday, January 18, 2011

Kelantan tidak pernah haramkan penjualan arak

Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengharamkan arak di negeri ini sebaliknya bertindak mengawal dan menyusun penjualannya di premis tertentu yang telah ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dakwaan mengatakan orang bukan Islam di negeri ini dilarang meminum arak adalah tidak benar kerana itu adalah hak mereka yang mesti dihormati.

Beliau berkata, walaupun arak masih lagi dilarang dijual di hotel, pasar raya dan kedai runcit biasa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) tetap mengeluarkan permit kebenaran bagi premis-premis tertentu untuk menyediakannya kepada pelanggan bukan Islam.

"Kita benarkan beberapa restoran dan kedai makan bukan Islam menjualnya di premis mereka dengan syarat-syarat tertentu seperti ia hanya boleh disediakan kepada orang bukan Islam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Hotel Crown Garden di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Blog Archive